CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 568|Reply: 0

[Sarawak] 7,000 lot tanah untuk rumah mampu milik di Bintulu

[Copy link]
Post time 24-11-2021 11:40 PM | Show all posts |Read mode
BINTULU: Kerajaan GPS Sarawak  memperkenalkan Program Pembangunan Semula Jepak untuk menampung keperluan rumah mampu milik di sini, kata Ketua Menteri.

Menurut  Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, program berkenaan akan membolehkan rakyat di Jepak dan kawasan sekitar memiliki rumah kediaman mampu milik serta menikmati suasana persekitaran yang lebih baik seperti di Semerah Padi, Kuching ketika ini.

” Saya telah arahkan Jabatan Tanah dan Ukur untuk sediakan sebanyak 7,000 lot tanah di kawasan ini yang akan dibangunkan rumah mampu milik mengikut fasa untuk rakyat di Bintulu,” katanya seperti dipetik TVS.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Projek Pembangunan Semula Bintulu fasa satu di sini hari ini.

Tambah Abang Johari, pembangunan kawasan baharu ini kelak akan mengubah landskap Bintulu menjadi penempatan dengan kemudahan yang lebih baik serta tersusun.

Projek fasa ini melibatkan pembinaan perumahaan atas tapak seluas lebih 146 ekar.

Menerusi projek ini, jumlah rumah yang dibina ialah sebanyak 596 unit serta menggunakan model yang dilaksanakan di Projek Darul Hana , Kuching dan Perumahan Kemunyang di Sibu.


sarawakvoice.com/2021/11/24

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.042641 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list