Api marak memusnahkan rumah tersebut.
KUCHING: Sebuah rumah pekerja di Kampung Bintawa Tengah, di sini musnah dalam kebakaran hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata kebakaran dilaporkan berlaku pada jam 1.27 tengah hari.
Menurutnya, beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan Padungan hadir di lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.
"Setiba di lokasi, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah rumah pekerja jenis struktur tidak kekal (kayu) terbakar sepenuhnya," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik Kebakaran JBPM Sarawak.
utusanborneo.com.my/2021/11/24
|