COVID-19: Sarawak rekod 192 kes baharu, dua lagi kematian
KUCHING: Sarawak merekodkan 192 kes baharu COVID-19 hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataannya memberitahu jumlah keseluruhan kes di Sarawak hari ini meningkat kepada 249,914 kes. Menurutnya daripada jumlah kes baharu itu, 185 kes adalah kategori satu dan dua manakala tujuh kes adalah kategori tiga, empat dan lima.
Kuching merekodkan 54 kes diikuti Miri (40), Sibu (24), Serian (15) dan Bintulu (12), manakala 22 daerah pula merekodkan kes kurang dari 10 kes dan daerah selebihnya tiada merekodkan kes.
Sementara itu berhubung kes kematian, terdapat dua kes kematian direkodkan iaitu pada 20 dan 22 November 2021.
Katanya kedua-dua kematian direkodkan di Hospital Umum Sarawak melibatkan mangsa berusia 66 tahun dan 84 tahun.
utusanborneo.com.my/2021/11/24
|