CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 698|Reply: 11

[Sarawak] Sarawak mengundi 18 Disember depan

[Copy link]
Post time 24-11-2021 12:04 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh yang berkata demikian menambah, tarikh penamaan calon ditetapkan pada 6 Disember 2021, manakala pengundian awal ialah pada 14 Disember 2021.

Ketetapan ini dimaklumkannya menerusi sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung PRN Sarawak di sini, hari ini.

(Berita lanjut menyusul)



utusanborneo.com.my/2021/11/24





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2021 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum mengundi, mohon rakyat srwk yg blm dos booster boleh lah walk in booster dolok. Di sibu dewan suarah open walk in utk above 18. Xkisah ada komorbiditi ka x asalkan dah lebih 3 bulan dr dos ke 2 terutamanya sinovac. Kmk dah !

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2021 03:15 PM | Show all posts
Qwertyuiop2019 replied at 24-11-2021 05:18 AM
Sebelum mengundi, mohon rakyat srwk yg blm dos booster boleh lah walk in booster dolok. Di sibu dewa ...

kamik pun dah ambik booster 2mggu lepas deng..
demam kenaknya.. neyyy kamik sik mok makan ubat
sebab nang sik suka makan panadol/pil tahan sakit

tok untuk orang2 kat Bintulu


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2021 04:04 PM | Show all posts
PRN12: GPS umum senarai penuh calon pada 4 Dis

MIRI: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengumumkan senarai penuh calon yang bertanding pada pilihan raya negeri ke-12 (PRN12) pada 4 Disember depan.
   
Presidennya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata GPS telah pun menjangkakan tarikh penamaan calon dan pengundian.
   
"Kita sudah menjangkakan bahawa hari pengundian akan diadakan sebelum perayaan Hari Krismas.
  
"Justeru, senarai calon untuk GPS akan diumumkan dua hari sebelum hari penamaan calon iaitu pada 4 Disember depan," katanya kepada media selepas merasmikan pelancaran sekolah baharu Sri Mawar di sini hari ini.
   
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan bahawa hari penamaan calon bagi PRN Sarawak ke-12 adalah pada 6 Disember, manakala pengundian awal ditetapkan pada 14 Disember.

Rakyat Sarawak akan keluar mengundi pada 18 Disember.


utusanborneo.com.my/2021/11/24



Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire replied at 24-11-2021 03:15 PM
kamik pun dah ambik booster 2mggu lepas deng..
demam kenaknya.. neyyy kamik sik mok makan ubat
seb ...

Nice.
Kmk pening palak dggn sakit badan jak. Nak padah demam sik juak. Nang lain rasalah. Maybe sebab pfizer kotg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2021 10:00 PM | Show all posts
Qwertyuiop2019 replied at 24-11-2021 11:26 AM
Nice.
Kmk pening palak dggn sakit badan jak. Nak padah demam sik juak. Nang lain rasalah. Maybe s ...

ke kita yang saiko kita mpun ndak? haha
yang penting sihat deng.. tapi kena selalu ikut sop juak
walau dah ambik booster


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-11-2021 10:01 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 24-11-2021 02:03 PM



PRN Sarawak: PSB seru ramai keluar mengundi

KUCHING: Rakyat Sarawak harus mengambil pengajaran atau iktibar daripada keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November lalu kerana masa depan mereka sama ada baik atau buruk, mungkin bergantung kepada pilihan mereka semasa hari mengundi.

Pengerusi Protem Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Stakan George Young Si-Ricord Jr. (gambar) berkata, rakyat Sarawak yang gagal keluar mengundi atas apa saja alasan mungkin akan berhadapan dengan wakil Dewan Undangan Negeri yang tidak sehaluan dengan aspirasi mereka sepanjang lima tahun akan datang.

Menurutnya, peratusan keluar mengundi bagi PRN Melaka 2021 adalah terendah dalam sejarah pilihan raya di Melaka.

“Cuma 66 peratus daripada kesemua pengundi berdaftar keluar mengundi dengan sejumlah 169,127 pengundi tidak keluar mengundi.

“Para pengundi di Melaka yang berkenan dengan perjuangan dan ideologi tetapi gagal keluar mengundi kerana merasa kecewa dengan kelemahan dan kegagalan Pakatan Harapan (PH) kemungkinan akan menyesal sepanjang lima tahun yang akan datang,” ujarnya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam PRN Melaka pada minggu lalu, BN yang diketuai atau dipimpin oleh UMNO, berjaya meraih sebanyak 122,741 undi atau 38.3 peratus daripada jumlah keseluruhan undi di dalam pilihan raya itu berbanding dengan 117,163 (atau 36.6 peratus daripada keseluruhan jumlah undi) yang diperolehi oleh PH.

Perbezaan antara BN dan PH dari segi jumlah undi yang diperolehi cuma 5,578 undi atau 1.7 peratus.

Namun perbezaan yang tidak seberapa dari segi jumlah undi yang diperolehi oleh kedua-dua pihak telah membolehkan BN memenangi 75 peratus majoriti didalam dewan undangan negeri Melaka.

Dengan keputusan itu, Barisan Nasional (BN) pimpinan UMNO berjaya kembali menerajui kerajaan negeri Melaka dan sekaligus menebus kekalahan mereka ditangan PH semasa Pilihan Raya Umum (PRU) dan PRN Melaka pada Mei 2018.

“Dengan mengambil kesedaran masalah peratusan keluar mengundi boleh menjadi satu kenyataan semasa PRN Sarawak ke-12 dan demi menggalakkan amalan demokrasi yang sihat, maka saya menyeru kepada semua warga Sarawak yang sudah didaftar sebagai pengundi supaya keluar mengundi pada hari mengundi.


utusanborneo.com.my/2021/11/24



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2021 10:13 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 24-11-2021 02:15 PM



PRN12: Hanya ceramah libatkan kehadiran penduduk dibenarkan


KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan prosedur operasi standard (SOP) tiada ceramah secara terbuka dibenarkan sepanjang tempoh berkempen.

Menurut Prosedur Operasi Standard (SOP) Pencegahan COVID-19 bagi pelaksanaan PRN Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dikeluaran SPR hari ini, hanya ceramah di kawasan kampung dan rumah panjang dibenarkan dengan kehadiran penduduk di kawasan tersebut sendiri dan mana-mana orang luar tidak akan dibenarkan hadir.

“Ia hanya dibenarkan di kawasan kampung dan di rumah panjang di kawasan DUN tersebut sahaja.

“Selain itu orang luar yang tidak bermastautin di dalam kampung/taman/rumah panjang tidak dibenarkan berkempen kecuali calon/pemimpin parti politik yang bertanding (bilangan dihadkan kepada lapan sahaja) dan petugas-petugas rasmi kerajaan,” katanya.

Bagi SOP kempen ziarah rumah ke rumah adalah tidak dibenarkan sepanjanh tempoh pilihan raya.

Katanya, yang hanya dibenarkan di kawasan kampung dan di rumah panjang di kawasan DUN tersebut sahaja.

Selain itu kempen secara “walkabout” (lawatan mesra) tidak dibenarkan seperti calon/wakil calon/parti politik berjumpa dengan pengundi di pasar pagi/pasar malam/pasar tani/kedai makan/kedai kopi/warung dan tempat-tempat lain).

“Bagi pemasangan panji atau kain rentang dan pengedaran pamphlet calon dibenarkan untuk memasang kain rentang dan panji di dalam kawasan pilihan raya.

“Calon juga dibenarkan untuk mengedarkan pamphlet bagi tujuan berkempen di peti-peti surat penduduk sekitar dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter,” menurut SPR.

Tambahnya pengedaran pamphlet kepada orang awam secara bersemuka adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh pilihan raya.

“Calon perlu mengaplikasikan penggunaan teknologi di dalam tempoh kempen selaras “Norma Baharu” yang perlu diamalkan rentetan pandemik COVID-19.

“Ia termasuk Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, WeChat, Snapchat, WhatsApp, Telegram dan lain-lain aplikasi sebagai alat untuk menyampaikan kempen,” katanya.

SPR memaklumkan calon juga digalakkan menggunakan rangkaian televisyen untuk menyampaikan kempen.

Katanya calon juga digalakkan menggunakan akhbar tempatan untuk mempromosikan kempen.

SPR berkata calon-calon yang bertanding masih tertakluk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) semasa berkempen dan sebarang bentuk kempen melalui media massa pada Hari Mengundi adalah tidak dibenarkan.

“Calon dibenarkan untuk berkempen melalui kenderaan yang dipasang dengan alat pembesar suara pada waktu yang ditetapkan dalam permit.

“Bagaimanapun calon  perlu mendapatkan permit dari pihak polis dan tempoh masa dan lokasi untuk berkempen adalah tertakluk kepada permit yang diluluskan oleh pihak polis,” katanya.

Katanya kenderaan yang dipasang dengan alat pembesar suara boleh berhenti (lingkungan 5-7 minit) di sepanjang laluan dalam menyampaikan ceramah tetapi dengan syarat perlu bergerak apabila orang ramai mula berkumpul.

Selain itu calon-calon yang bertanding masih tertakluk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).


utusanborneo.com.my/2021/11/24



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2021 10:36 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 24-11-2021 02:38 PM




1.6 juta pengundi layak mengundi dalam PRN Sarawak

KUCHING: Seperti diramal, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember depan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12).

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Disember, manakala hari pengundian awal pada 14 Disember.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 6 Disember iaitu Isnin, sehingga jam 11.59 malam pada 17 Disember.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Berkaitan Urusan Pilihan Raya Umum DUN Sarawak di Hotel Hilton, pada Rabu.

Seramai 1.26 juta individu layak mengundi pada PRN Sarawak ke-12 berdasarkan senarai pengundi berdaftar yang dikemas kini pada 3 Oktober lalu.

Sebelum ini Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat Sarawak ditamatkan.


sarawakvoice.com/2021/11/24

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2021 10:39 PM | Show all posts



PRN-12: Kempen 12 hari di Sarawak

KUCHING: SPR hari ini mengumumkan  bahawa tempoh berkempen untuk PRN-12 Sarawak adalah selama 12 hari.

Hari pengundian adalah pada 18 Disember (Sabtu), pencalonan 6 Disember (Isnin) dan pengundian awal 14 Disember (Selasa).

Katanya, kempen dapat dijalankan selepas pengisytiharan calon  yang bertanding pada 6 Disember sehingga pukul 11.59 malam 17 Disember 2021.

Katanya, daftar pemilih  yang dikemas kini sehingga 2 Nov 2021 sebanyak 1,252,014 pengundi biasa akan digunakan.

“Sebanyak 12, 585 orang anggota tentera san pasangan, 10,458 orang anggota polis dan pasangan sertra 113 orang pengundi tidak hadir luar negara tersebut  akan mula dijual pada 1 Disember 2021,” jelas SPR.


sarawakvoice.com/2021/11/24

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2021 11:42 PM | Show all posts
10,000 lebih pengundi Sarawak berusia 90 tahun ke atas

KUCHING: Jumlah pengundi  kali ini dijangka meningkat berbanding dalam PRN-11.

Setakat  6 Ogos lalu, jumlah pengundi bagi PRN Sarawak ialah 1,259,242.

Dalam PRN pada 2016, jumlah pengundi ialah 1,138,650 manakala dalam PRN-10 pada 2011 sebanyak 979,796.

Sebanyak 331,262 daripada pengundi berusia lebih daripada 60 tahun.

Yang menarik, daripada jumlah itu, 10,396 berusia 90 tahun ke atas.

Mereka berusia 21 hingga 29 tahun adalah sebanyak 117,838 orang.

Bagi yang berusia 30-39 sebanyak 272,954 orang.

Mereka dalam lingkungan 40 hingga 49 adalah sebanyak 270,490 orang.

Yang berumur 50 hingga 59 pula adalah sebanyak 266,698 orang.


sarawakvoice.com/2021/11/24

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 12:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.073848 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list