CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 467|Reply: 2

[Sarawak] Pecahkan pinggang mangkuk ibu, penganggur didenda RM2,500

[Copy link]
Post time 23-11-2021 11:18 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang penganggur didenda RM2,500 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan melakukan khianat dengan memecahkan pinggan mangkuk rumahnya.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhkan hukuman terhadap Rahman Ramlee, 35, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapannya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di kediamannya di Tabuan Park, kira-kira jam 8.20 pagi, 27 Oktober lalu.

Oleh itu, dia didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, dia bertengkar dengan adik perempuannya pada hari kejadian hingga menyebabkan insiden mengamuk berlaku.

Tertuduh kemudian membaling pinggan mangkuk milik ibunya di kawasan ruang tamu rumah.

Susulan itu, ibunya telah membuat laporan polis sehingga membawa kepada tangkapan tertuduh pada hari yang sama.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


suarasarawak.my/2021/11



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2021 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Terkejut acik baca tajuk. Pecahkan pinggang emak.... Rupanya pinggan mangkuk emak.

Aduhaiii memang cari nahaslah kalau sentuh pinggan mangkuk, Tupperware ke. Memang mendapat la.

Tapi marah benar mak dia sampai buat report polis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2021 10:11 AM | Show all posts
acikbrown replied at 24-11-2021 12:10 AM
Terkejut acik baca tajuk. Pecahkan pinggang emak.... Rupanya pinggan mangkuk emak.

Aduhaiii memang  ...

ni mesti vantage givency ke arcopal ke kan?

tupperware tu byk plastik jercuma rega jer mahalll

mcm2 donia ni
anak ramai dah tak hormat orang tua

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.049855 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list