CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 393|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 23/11/2021

[Copy link]
Post time 23-11-2021 07:53 PM | Show all posts |Read mode




COVID-19: Sarawak rekod 239 kes baharu, dua lagi kematian
KUCHING: Sebanyak 239 lagi kes baharu COVID-19 direkodkan di Sarawak hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes 249,722.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata 65 kes direkodkan di Kuching, Miri (46), Beluru (45), Sibu (19) dan Serian (15).

Daerah lain merekodkan kes dibawah 10 iaitu Bintulu, Lawas, Mukah, Limbang, Samarahan, Sarikei, Lundu, Daro, Dalat, Kapit, Bau, Tanjung Manis, Subis dan Meradong.

JPBNS menerusi kenyataan media turut memaklumkan daripada 239 kes baharu 237 adalah kategori satu dan dua manakala dua kes bagi kategori tiga, empat dan lima.

Dua kematian direkodkan akibat jangkitan COVID-19 di negeri ini masing-masing pada 19 dan 20 November 2021.

Kedua-dua kematian direkodkan di Hospital Sibu melibatkan lelaki berusia 68 dan 77 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit komorbid.


utusanborneo.com.my/2021/11/23


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2021 07:54 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.039170 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list