KUCHING: Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot beberapa hari lalu yakin GPS mampu memenangi kesemua lapan kerusi majoriti Bidayuh.
Kerusi berkenaan ialah Opar, Tasik Biru, Serembu, Mambong, Tarat, Tebedu, Kedup dan Bukit Semuja.
Untuk memahami kerusi berkenaan, kita perlu tahu akan prestasi dalam PRN-11 pada 2016.
Opar pada 2016 mempunyai 9,714 pemilih. Kerusi berkenaan diwakili oleh BN. Namun selepas BN tewas dalam PRU-14, BN Sarawak telah keluar daripada perikatan itu, lalu menubuhkan GPS.
Kerusi itu dimenangi Ranum Mina (BN) yang kini sudah menyertai PSB. Belau menang dengan majoriti 2,082 undi mengalahkan dua lagi calon lain, Bebas dan PBDSB.
BN Sarawak keluar dari BN nasional selepas PRU-14, lalu menubuhkan GPS pada 12 Jun 2018.
Tasik Biru mempunyai 17,041 pemilh. Kerusi itu dimenangi Datuk Henry Jinep (BN) dalam pertandingan satu lawan satu.
Beliau menang dengan majoriti 1,288 undi mengalahkan Mordi Bimol (DAP).
Satu lagi kerusi majoriti Bidayuh ialah Serembu. Kerusi itu dimenangi Miro Simuh (BN) dengan majoriti 1,397 mengalahkan calon PKR dan Star.
Mambong dimenangi Jerip Susil (BN) dengan majoriti 3333 setelah menewaskan Willie Mongin (PKR) dan Sanjan Daik (DAP).
Kerusi Tarat dimenangi Roland Sagah (BN) dengan majoriti 5,421 setelah menewaskan Musa Ngog (PKR).
Tebedu pula dimenangi Datuk Seri Michael Manyin Jawong (BN) yang menang dengan majoriti 6,193 undi.
Beliau menewaskan Alex Saben (PKR).
Kedup dimenangi Martin Ben (BN) dengan majoriti 3,828 undi setelah menewaskan Mark Murau Sumno (PBDSB) dan Andrew Nyabe (DAP).
Kerusi Buklit Semuja dengan 13,365 pemilih menyaksikan John Ilmu menang (BN) dengan majoriti 3,144 undi.
Beliau menewaskan empat lagi calon lain, iaitu DAP, Bebas, Star dan PBDSB.
Berdasarkan prestasi semasa dan pencapaian pada 2016, kelihatannya kerusi berkenaan memihak kepada GPS kecuali Opar.
Namun bukanlah mustahil jika Ranum tewas di tangan calon GSP jika GPS dapat menampilkan calon yang lebih hebat daripada calon GPS, PSB, PKR atau PBK nanti. Kemungkinan kerusi ini menyaksikan pertandingan lima penjuru, termasuk calon Bebas.
sarawakvoice.com/2021/11/22
|