CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 338|Reply: 0

[Sabah] 539,172 murid terlibat sekolah secara penggiliran di Sabah

[Copy link]
Post time 22-11-2021 07:08 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Seramai 539,172 murid di seluruh Sabah termasuk sekolah kerajaan dan swasta memulakan sesi persekolahan secara penggiliran hari ini.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Dr. Mistirine Radin (gambar) berkata, daripada jumlah itu, seramai 528,234 orang adalah murid sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di bawah  seliaan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).

Katanya, seramai 10,938 murid  dari institut pendidikan swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut terlibat dengan sesi persekolahan secara penggiliran.

Menurutnya, seramai 318,328 murid sekolah rendah termasuklah pra sekolah seramai 27,924 orang, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 3,105 orang, tahun satu 47,391 orang, tahun dua 48,227 orang, dan tahun tiga 49,683 orang.

"Seramai 48,340 murid tahun empat, 47,164 murid tahun lima dan 46,494 murid tahun enam turut memulakan sesi persekolahan di seluruh Sabah.

"Jumlah keseluruhan bagi pelajar sekolah menengah adalah seramai 209,906 orang termasuk Kolej Vokasional 4,647 orang dan 213 murid Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Sabah.

"Pelajar PPKI sekolah menengah adalah 3,415 orang diikuti tingkatan satu seramai 40,951 orang, tingkatan dua 38,264 orang, tingkatan tiga 37,204 orang, dan tingkatan empat seramai 35,107 orang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pelajar tingkatan lima adalah seramai 34,033 orang, tingkatan enam atas atau semester tiga 7,333 orang dan tingkatan enam bawah atau semester tiga seramai 8,739 orang.

Mistirine berkata, jumlah keseluruhan murid sekolah rendah swasta adalah seramai 2,872 orang termasuk murid tadika 279 orang, murid PPKI 30 orang, tahun satu 445 orang, tahun dua 472 orang, tahun tiga 488 orang, tahun empat 397 orang, tahun lima 392 orang, dan tahun enam 369 orang.

Katanya, seramai 7,643 murid sekolah menengah swasta yang terlibat termasuk tingkatan satu 1,263 orang, tingkatan dua 1,347 orang, tingkatan tiga 1,281 orang, dan tingkatan empat 1,592 orang.

Menurutnya, murid tingkatan lima pula seramai 1,458 orang diikuti pelajar tingkatan enam atas 305 dan tingkatan enam bawah 397 orang serta 423 murid Sekolah Antarabangsa.


utusanborneo.com.my/2021/11/22

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.078358 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list