Keadaan di dalam kedai selepas dirempuh kereta tersebut, hari ini.
SIBU: Sebuah kedai kopi di Jalan kampung Nyabor di sini dirempuh sebuah kereta yang dipercayai hilang awal pagi tadi.
Kejadian itu berlaku ketika premis tersebut belum beroperasi pada jam 4.50 pagi.
Menurut pemilik premis, Choo Chen Kiong berkata, insiden itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) premis kedai mendapati kereta tersebut dipandu oleh seorang lelaki yang kemudian bertindak melarikan diri selepas kejadian.
Katanya, kereta itu dipercayai dipandu dari arah Jalan Persiaran Brooke dipercayai hilang kawalan telah melanggar pembahagi jalan dan melanggar penghadang pagar besi di kaki lima sebelum merempuh masuk ke dalam kedai kopi miliknya.
"Akibat itu, dinding, pintu gelongsor aluminium, peralatan dalam kedai termasuk sebuah gerai mi, beberapa lapan buah meja, empat buah kerusi dan sinki rosak," katanya ketika dihubungi hari ini.
Namun beliau berasa lega kemalangan kendiri itu tidak melibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa.
Bagaimanapun beliau berharap pihak berkuasa tempatan untuk membina penghadang besi yang lebih kukuh di hadapan kaki lima atau pembahagi jalan yang bertentangan dengan kedainya.
"Ini adalah untuk menggelakkan kejadian seumpamanya berulang dan juga menjaga keselamatan orang ramai," ujar Choo.
Beliau bersyukur kerana kejadian itu berlaku 40 minit lebih awal sebelum kedainya beroperasi jam 5.30 pagi setiap hari.
utusanborneo.com.my/2021/11/21
|