CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1102|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 21/11/2021

[Copy link]
Post time 22-11-2021 01:19 PM | Show all posts |Read mode




COVID-19: Sarawak catat 245 kes, tiga kematian

KUCHING: Jangkitan COVID-19 di negeri ini terus catat penurunan dengan merekodkan 245 kes hari ini.

Pertambahan jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 Sarawak kini 249,336 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan memberitahu, Kuching masih melaporkan jumlah kes tertinggi harian iaitu 70 kes diikuti Miri iaitu 59 kes.

Sementara itu, Bintulu dan Sibu masing-masing merekodkan 21 kes manakala 15 kes dilaporkan di Lawas.

Jelas kenyataan itu, lain-lain daerah merekodkan kurang daripada 10 kes iaitu Kanowit, Serian, Limbang, Pusa, Kapit, Betong, Sarikei, Mukah, Sri Aman, Dalat, Selangau, Lubok Antu, Kota Samarahan, Simunjan, Lundu, Saratok, Asajaya, Bau, Subis, Meradong, Tebedu, Sebauh, Tatau, Bukit Mabong, Marudi dan Julau.

"Daripada jumlah kes baharu itu, lima kes merupakan kategori tiga hingga lima, 146 kes kategori dua manakala 94 kes kategori satu," katanya.

Selain itu, terdapat tiga kematian dilaporkan iaitu dua kes di Limbang dan satu di Sibu antara 16 hingga 20 November.

"Kes kematian tersebut mempunyai sejarah latar belakang penyakit," katanya lagi.

Sementara itu, tiada kluster baharu dilaporkan di Sarawak menjadikan jumlah kluster yang aktif kekal enam kluster.

Dalam pada itu, JPBNS turut membuat keputusan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) di Rumah Naing, Nanga Bulo, Sungai Lijan, Julau hari ini.

Berhubung laporan kompaun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan 12 kompaun di Serian, Saratok (4), Bintulu (3) manakala Betong (1) kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard.

Manakala, Polis Diraja Malaysia turut mengeluarkan 12 kompaun di Kuching.


utusanborneo.com.my/2021/11/21





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2021 01:20 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.069770 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list