CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1202|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mohd Fareez beransur pulih - Bapa

[Copy link]
Post time 22-11-2021 12:58 PM | Show all posts |Read mode
Mohd Fareez beransur pulih - Bapa

Nur Izzati Mohamad - November 22, 2021 @ 9:54am[email protected]




Mejar Mohd Fareez Omar yang sempat keluar daripada pesawat Hawk 108 menggunakan kerusi anjal dalam kejadian Selasa lalu kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.



BUTTERWORTH: Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Mohd Fareez Omar, yang terselamat dalam nahas pesawat Hawk 108, Selasa lalu dilaporkan beransur pulih daripada kecederaan dialaminya.



Perkembangan itu dimaklumkan bapanya, Mejar (B) Omar Deros, 62, melalui aplikasi WhatsApp hari ini.



Omar memberitahu Mohd Fareez, 33, kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).



"Alhamdulillah, anak saya sudah beransur pulih selepas menjalani pembedahan tulang belakang tempoh hari.



"Buat masa ini dia hanya terbaring, namun kami bersyukur dia sudah boleh makan dan minum.



"Saya berharap kesihatannya akan segera pulih seperti sedia kala" katanya.



Bahagian Perhubungan Awam TUDM sebelum itu memaklumkan Mohd Fareez kini berada dalam pemantauan pegawai perubatan dan masih memerlukan rawatan susulan.



Justeru TUDM akan memastikan rancangan rawatan perubatan juruterbang berkenaan diuruskan dengan baik.



Dalam kejadian jam 10.07 malam Selasa lalu, sebuah pesawat Hawk milik TUDM terhempas di Pangkalan Udara Butterworth ketika dua juruterbangnya mengadakan sesi latihan penerbangan malam.



Insiden menyebabkan Mohd Fareez mengalami kecederaan manakala rakannya, Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31 maut di lokasi kejadian.










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.138473 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list