CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1126|Reply: 0

[Sarawak] Jambatan Gantung Satok kembali menjadi sebutan ramai

[Copy link]
Post time 21-11-2021 12:58 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Selepas 17 tahun lenyap dari pandangan, Jambatan Gantung Satok kembali menjadi sebutan ramai berikutan reka bentuk jambatan ini sangat unik dan menarik.

Malah, jambatan itu sangat cantik pada waktu malam kerana ‘bermandikan’ lampu warna-warni.

Detik bersejarah jambatan itu akan berlangsung pada 21 November jam 8 malam yang akan dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Hadir sama nanti, Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi.

​​​Menyingkap sejarah jambatan itu,  jambatan pejalan kaki itu yang dibina pada era pemerintahan Rajah Brooke pernah menjadi ikon bandaraya Kuching sebelum ia ditutup kepada laluan ramai pada 1992.

Majlis pecah tanah untuk pembinaan jambatan tersebut turut disempurnakan Ketua Menteri pada 25 Oktober 2017 dan siap 26 Mac 2021.

Projek replika jambatan sepanjang 213 meter dan lebar tiga meter itu diselia Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

Pembinaan jambatan dengan kos RM8.05 juta itu pasti menjadi mercu tanda ikonik di Kuching sekali gus menjadi daya tarikan pelancong kerana nilai sejarahnya yang tinggi.

Jambatan warisan itu sudah dibuka semula kepada umum.


sarawakvoice.com/2021/11/21

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.096467 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list