CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1099|Reply: 0

[Sarawak] 4,970 penduduk dapat manfaat dari siapnya Jambatan Pulo Keladi

[Copy link]
Post time 21-11-2021 12:56 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi telah menyaksikan penyerahan Projek Rumah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Sungai Lumut, pada Jumaat.

Projek di bawah seliaan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak itu telah dibina dengan kos pelaksanaan sebanyak RM200,000.

Datuk Dr Abdul Rahman yang juga Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, projek tersebut penting bagi menyediakan tempat untuk JKKK serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bermesyuarat mahupun mengadakan aktiviti kemasyarakatan.

Sejurus selepas itu, beliau sempat melawat ke Projek Pembinaan Jambatan Pulo Keladi yang telah siap sepenuhnya pada 29 Oktober 2021.

Jambatan tersebut memberi manfaat kepada kira-kira 4,970 penduduk, yang mana sebelum ini ia dibina menggunakan kayu dan kini telah digantikan dengan menggunakan konkrit sepenuhnya menerusi dana projek rakyat yang dipohon terus kepada Kerajaan Sarawak.


sarawakvoice.com/2021/11/21

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.079518 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list