CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kempossible

cmne nk halau/hapuskn semut kt dlm ruma??

[Copy link]
Post time 26-9-2010 08:00 PM | Show all posts
kn sllu lap ngn air sabun meja, tong sampah kene cuci..mcm nk cuti panjang cuci la tong sampah besar kt luar umah tu..bagi bersih sikit..untuk kita gak..

umah aku umah kayu..jenuh tol nk lawan ngn semut n lipas ni..tp jgn risau..aku perang abis2..mula2...spray cukup2..then aku pagari dgn ubat gegat..then slu check..jumpa je trus kill2 die..tp ade kawan aku ckp ade hadis bunuh smut pun tak bleh..tu kdg2 aku serba salah...aku sapu je buang kt tempat lain..atas tanah ke..pnin jugak..sape2 leh cmpemkn..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2010 08:09 PM | Show all posts
Reply 81# t0m

Membunuh Semut

Soalan:

Bolehkah kita membunuh semut dengan racun kerana sebagaimana yang kita tahu semut merupakan
salah satu dari binatang yang di larang oleh Rasulullah s.a.w dari membunuhnya seperti yang
terdapat dalam hadith baginda. Masalahnya ia terdapat di mana-mana sahaja termasuk di dalam
beras, sink dan di telefon. Ini cukup menyusahkan untuk menghalaunya satu persatu, kadang
-kadang terpaksa membunuhnya. Adakah Islam memberi kelonggaran untuk membunuhnya? Jika Islam
membenarkan,bolehkah digunakan racun yang dapat membunuh kesemuanya termasuk di dalam sarang?

Jawapan:

    Dalam sebuah hadith dari Ibnu Abbas ra ia berkata; "Rasulullah SAW melarang membunuh empat
macam binatang, semut, lebah, burung hudhud dan burung shurad"
. Hadith ini menunjukkan hukum
haram membunuh empat macam binatang tersebut dan memakannya.

    Islam merupakan peraturan hidup untuk segenap manusia. Di dalam Islam tidak ada suatu
perkara yang terlalu diberatkan dan tidak pula sautu perkara itu sengaja diringan-ringankan
tanpa alasan atau sebab tertentu yang boleh meringankannya. Semut sejenis binatang yang berada
dimerata-rata tempat, jika kehadirannya menimbulkan mudarat bagi diri kita dan anak-anak, seperti
gigitannya dan sebagainya, maka dibolehkan mengusirnya denga penyapu, jika ia terbunuh bukanlah
perkara yang kita inginkan.

    Jika ia memiliki sarang, korek dan angkatlah sarangnya itu serta buanglah ke luar rumah,
setelah itu tutuplah lubang tersebut agar ia tidak membuat sarang kembali. Usaha yang kita lakukan
tak lebih untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sebab pasti ada hikmah yang
terkandung dalam larangan dan suruhan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang kita tidak mampu
untuk memahaminya secara lebih pasti. Wallahu 'aklam

    source; http://www.rakanmasjid.com/artik ... 35-bunuh-semut.html
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 09:54 AM | Show all posts
baru huda tau rupanya berdosa kalu kit ebunuh semut


tapi kalu semut tu memudaratkan hanya leh menghalau saja

tp ubat semut ni bagi mengurangkan semut yg yg dah terlalu sgt menganggu
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 08:12 PM | Show all posts
racun serbuk untuk semut tu, beracun n bahaya. bole letak bawah karpet or tikar getah, jgn kaw terbuka, nnt terbang dek angin kipas, kita lak terhidu.

tapi, penyembur2 yang jenis cecair tu, bahaya tak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 10:23 PM | Show all posts
Saya pun ada masalah ni. Gula (utk masak) saya simpan dalam peti ais. Kalau gula lain simpan dalam bekas kedap (cth tupperware). Dulu saya trace semut ni....bila dia keluar masuk lubang tu...saya spray lubang tu dengan cosway Lanshield. Saya spray lubang lubang....bila lipas lalu mati. Sebulan sekali saya spray lubang....tapi semut ni kalau kita pastikan kaunter dapur lap bersih pastu sampah makan yang manis kita spray dgn air sabun...dia takde makan lama lama dia akan pergi tempat lain.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 01:29 PM | Show all posts
semut kat umah aku ok xdo masalah besar.

cicak lak kat umah aku suka makan nasik.maksud aku depa suka ngap lebihan nasik kat senduk nasik.patut la aku heran awat la senduk asik jatuh ke apa.rupa-rupanya keja binatang tu.lg satu selalu jd mangsa kucing aku buat main.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2013 06:10 PM | Show all posts
mmg bagus guna racun semut King Kong tu. jangan kata rumah kita, silap-silap dgn rumah jiran sebelah-menyebelah pun bebas dari semut. sebab satu 'kampung' semut tu akan mati...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.098231 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list