CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1165|Reply: 2

[Sabah] Dua warga asing ditahan cuba seludup masuk kosmetik

[Copy link]
Post time 21-11-2021 10:27 AM | Show all posts |Read mode


TANGKAPAN: Suspek dan barang rampasan yang ditahan dibawa ke IPD Semporna untuk tindakan selanjutnya.

SEMPORNA: Dua lelaki warga asing ditahan pasukan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) selepas didapati cuba menyeludup masuk barangan kosmetik di perairan Pulau Danawan, di sini kelmarin.

Kejadian jam 6.51 petang itu, pasukan ATB 2 yang membuat rondaan di perairan Semporna mengesan dua buah bot laju dalam keadaan mencurigakan cuba memasuki perairan negara.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata pasukannya bertindak memintas kedua-dua bot berkenaan.

“Namun, hanya sebuah bot sahaja yang berjaya ditahan, manakala sebuah lagi berjaya meloloskan diri ke negara jiran.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat dua lelaki warga asing tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah berada di dalam bot berkenaan,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini semalam.

Katanya, pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 33 kotak mengandungi barangan kosmetik tanpa cukai yang dianggarkan bernilai RM 67,453 disyaki cuba diseludup masuk ke negara ini.

“Pasukan keselamatan turut menemukan 19 tong minyak kosong dipercayai akan digunakan untuk mengisi minyak petrol untuk tujuan penyeludupan ke negara jiran.

“Kedua-dua suspek berkenaan ditahan atas kesalahan melakukan aktiviti penyeludupan barangan terkawal yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Menurutnya, bot laju tersebut ditunda ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna, manakala suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk laporan polis.

“Mereka kemudiannya dibawa ke Hospital Semporna bagi melakukan ujian saringan COVID-19 sebelum diserahkan semula kepada pihak IPD Semporna untuk siasatan lanjut,” katanya.

Abdul Karim mengucapkan tahniah kepada pasukan Quick Reaction Force (QRF) dan Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) ATB 2 atas kejayaan tersebut.

“Semua anggota operasi turut dinasihatkan agar sentiasa meningkatkan kesiagaan dan keupayaan operasi yang optimum bagi menangani cabaran keselamatan serta lain-lain ancaman sebilang masa.

“Operasi sentiasa dilaksanakan bagi memastikan sempadan negara selamat dalam usaha menyekat jenayah rentas sempadan,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/11/20

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2021 02:10 PM | Show all posts
terbaiklah...kejar dua dpt 1...ok lah
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2021 02:35 PM | Show all posts
habislah friska nak make up muka lepas ni kena pakai tepung sagu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.035910 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list