CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1093|Reply: 0

[Sarawak] SIFMA 2.0 pamer keunikan seni, budaya Sarawak ke persada antarabangsa

[Copy link]
Post time 21-11-2021 10:21 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 21-11-2021 02:22 AM



Abang Johari (enam kanan) serta isteri, Juma’ani (lima kiri) merakam kenangan bersama Abdul Karim, Hii dan Dr Geraldine (tiga kiri) pada konsert SIFMA 2.0 di Kuching malam Sabtu.

KUCHING: Festival Muzik dan Seni Antarabangsa Sarawak (SIFMA) 2.0 yang diadakan secara hibrid bermatlamat untuk mempamerkan keunikan seni dan budaya daripada pelbagai etnik negeri ini ke persada antarabangsa.

Pengasas merangkap Pengerusi Penganjur SIFMA 2.0, Dr Geraldine Law-Lee berkata, kepelbagaian ini merupakan aset besar kepada Sarawak.

Sejak penularan pandemik COVID-19 katanya, ramai penggiat seni dan budaya terjejas sementara sektor kesihatan dan perkhidmatan perlu diberi lebih tumpuan.

"Namun tiada siapa yang tahu apa yang berlaku kepada ramai di antara kita dalam industri seni ini.

“Maka itu, kita mengadakan SIFMA 2.0 secara hibrid bagi mempamerkan budaya dan seni Sarawak ke peringkat antarabangsa sekali gus memberi nafas baharu kepada pihak yang berkaitan," katanya ketika berucap pada konsert festival tersebut di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, malam Sabtu.

Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MTAC) serta Majlis Seni Sarawak kerana memberi sokongan dalam menjayakan acara ini.

Menurutnya, penganjuran SIFMA 2.0 kali ini amat mengagumkan kerana dapat dijalankan menerusi penggunaan teknologi terkini.

"Saya tidak pernah menyangka mengenai kejayaan projek SIFMA ini ketika saya bersetuju untuk mengendalikannya selepas larangan sekatan pergerakan susulan COVID-19.

“Tetapi seperti mana yang kamu saksikan, keajaiban teknologi digital kini mampu merealisasikan mimpi menjadi kenyataan apabila SIFMA 2.0 dapat diadakan sekali lagi dengan penglibatan dari negara luar.

“Antara negara yang menyertainya termasuk United Kingdom, Rusia, Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, China, India, Taiwan, Filipina, Afrika, Indonesia dan Australia,” ujarnya sambil berharap festival ini dapat diteruskan dalam skala yang besar pada tahun hadapan.

Terdahulu, SIFMA 2.0 dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Festival ini dimulakan dengan persembahan secara langsung daripada pelbagai artis tempatan Sarawak yang berbakat termasuk kumpulan Seni Persembahan Karya Terindah, Akademi Muzik dan Seni Kenwy, La Danse Studio serta, Russell and Randell Dance Company.

Acara diteruskan dengan persembahan maya secara kumpulan dari Kuala Lumpur dan luar negara termasuk KL Duo, penari Balet Bolshoi dari Rusia, Taiwan Bamboo Orkestra, Krishna Group India, kumpulan budaya Visayan dari Filipina, (NUSCoir) dan Suc Song Moi Bamboo Ensemble dan diakhiri dengan persembahan Joget Sarawak daripada artis Sarawak.

Hadir sama Speaker DUN Datuk Amar Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta isteri, Datin Sri Zuraini Abdul Jabbar dan Setiausaha Tetap MTAC, Hii Chang Kee.

SIFMA 2.0 yang akan berakhir hari ini merupakan anjuran International Music House Kuching (IMH) dan ditaja oleh MTAC.

Antara acara kemuncak SIFMA 2.0 termasuk forum 'Let's Talk' yang menampilkan kisah inspirasi dan nasihat daripada profesional serta peminat dalam komuniti muzik dan seni.



utusanborneo.com.my/2021/11/21

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.030607 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list