CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1191|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak rancang perkenalkan Dana Kekayaan Berdaulat

[Copy link]
Post time 20-11-2021 11:30 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari merasmikan pembukaan jalan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Seksyen Julau di sini hari ini. Turut kelihatan, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur Sarawak Datuk Julaihi Narawi  - Gambar UKAS

JULAU: Kerajaan negeri Sarawak bercadang mewujudkan Dana Kekayaan Berdaulat bagi memperkukuhkan kedudukan kewangan negeri itu demi masa depan generasi akan datang.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Open berkata kertas cadangan penubuhan dana tersebut sudah disiapkan oleh kumpulan pakar dan hanya akan dilaksanakan selepas dibentangkan untuk kelulusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak  pada persidangan DUN akan datang.

“Bagaimanapun, butirannya belum dapat diumumkan buat masa ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pembukaan jalan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Seksyen Julau di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurut Abang Johari kajian telah dijalankan mengenai pelaksanaan dana tersebut dengan mencontohi meksanisme diguna pakai oleh negara Norway, di mana dana kekayaan negara itu dilaporkan kini bernilai US$1.4 trilion.

Abang Johari, yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), berkata penubuhan dana tersebut dapat direalisasikan sekiranya rakyat terus memberi mandat kepada kerajaan GPS untuk kekal mentabir negeri itu pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) akan datang.

GPS terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Ditanya mengenai mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PBB di Kuching semalam, Abang Johari yang juga presiden parti itu berkata partinya sudah melengkapkan persediaan untuk menghadapi PRN12.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan senarai calon PBB yang akan diturunkan untuk bertanding kelak.

Mengenai Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak bagi Pakej Kerja 07 (Seksyen Julau) itu, beliau berkata perasmian itu menunjukkan projek lebuh raya seksyen yang menghubungkan Julau dengan Bintangor dan Sibu disiapkan mengikut jadual.

“Saya bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan lebih-lebih lagi Kementerian Kerja Raya Malaysia yang dapat melaksanakan projek di Sarawak dengan baik," katanya.

Beliau berkata siapnya seksyen itu akan membuka sektor ekonomi yang penting seperti pengeluaran lada dan kelapa sawit, selain tempat-tempat yang menarik dari sudut sektor pelancongan lantas memantapkan eokonomi setempat dan juga Sarawak. -- BERNAMA


utusanborneo.com.my/2021/11/20




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.076650 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list