COVID-19: Sarawak rekod 255 kes baharu, empat lagi kematian
KUCHING: Sarawak merekodkan 255 kes baharu COVID-19 hari ini dengan Kuching melaporkan kes harian tertinggi iaitu 75 kes diikuti Miri sebanyak 47 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata Bintulu merekodkan 21 kes, Sibu (19) dan Serian (16).
Manakala lain-lain daerah merekodkan kurang daripada 10 kes iaitu Lawas, Samarahan, Bau, Subis, Simunjan, Lundu, Pusa, Matu, Sarikei, Saratok, Dalat, Mukah, Limbang, Betong, Meradong, Tebedu, Sri Aman, Kapit, Song, Asajaya, Belaga, Kabong, Kanowit, Selangau, Telang Usan, Beluru dan Sebauh.
“Daripada kes baharu yang direkodkan, 248 adalah kategeri satu dan dua manakala tujuh kes kategori tiga hingga lima menjadikan jumlah keseluruhan kes positif 249,091 kes.
“Empat kematian akibat COVID-19 dilaporkan antara 13 hinggga 19 November melibatkan tiga perempuan dan seorang lelaki berumur antara 42 hingga 71 tahun.
“Kes kematian ini dilaporkan di Bintulu, Sri Aman, Sibu dan Limbang dengan masing-masing mempunyai latar belakang penyakit lain,” katanya.
Dalam pada itu tiada kluster baharu diisytihar menjadikan hanya enam kluster masih aktif di Sarawak.
Mengenai laporan notis kompaun, polis hari ini mengeluarkan 18 kompaun di Kuching (17) dan Sibu (1) atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan mengeluarkan satu kompaun di bawah seliaan Majlis Daerah Bau.
utusanborneo.com.my/2021/11/20
|