CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1255|Reply: 1

[Sabah] Wanita dipenjara setahun guna kad pengenalan individu lain

[Copy link]
Post time 20-11-2021 05:02 PM | Show all posts |Read mode


PENJARA: Tertuduh dibawa keluar sebaik menjalani prosiding di kamar Mahkamah Majistret Lahad Datu.

KOTA KINABALU: Seorang wanita dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret Lahad Datu selepas menggunakan kad pengenalan individu lain.

Tertuduh yang mengunakan nama Marajum Pengiran didapati melakukan tiga kesalahan mengikut Peraturan 25(1)(e), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja memiliki salinan kad pengenalan milik orang lain dan palsu sebagai dokumen pengenalan diri.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh mengunakan salinan MyKad orang lain atas nama Marajum Pengiran.

Kesalahan kedua juga didapati bahawa tertuduh mengunakan salinan MyKad berkenaan untuk mendapatkan suntikan dos pertama vaksin COVID-19 pada 17 Ogos lalu di Fasiliti Pemberian Vaksin DAVTC, Lahad Datu dan bagi kesalahan ketiga tertuduh mengunakan salinan MyKad yang sama untuk mendapatkan suntikan dos kedua vaksin COVID-19 pada 7 September lalu di fasiliti yang sama.

Majistret Ryan Sagirann Rayner Jr. menjatuhkan hukuman penjara satu tahun serentak bagi ketiga-tiga kesalahan tersebut bermula dari tempoh tertuduh ditangkap.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Mohd Naser Mohd Nadzeri dan Nurul Fariza Abdullah manakala tertuduh diwakili oleh Peguam Muhammad Abdul Karim.


utusanborneo.com.my/2021/11/20

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2021 07:45 PM | Show all posts
comel pulis kk ye

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.034310 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list