CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1243|Reply: 0

[Pahang] Pekerja pasar raya didakwa bunuh kanak-kanak 2 tahun

[Copy link]
Post time 18-11-2021 02:56 PM | Show all posts |Read mode


Rompin: Seorang pekerja sebuah pasar raya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun pada minggu lalu.

Tertuduh Mohd Noor Ab Manap, 31, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wahidah Zainal Abidin, namun tiada pengakuan direkodkan daripada bapa kepada empat anak itu kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh individu dikenali sebagai Adam yang berusia kira-kira dua tahun di sebuah rumah di Jalan Janglau 1, Kampung Janglau di sini pada 2 pagi, 11 November lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 20 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia dan forensik.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurhalimatun Saadiah Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Deniel Roslan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar dalam kenyataan hari ini berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Rompin pada 4 pagi, 11 November.

Beliau berkata, mangsa sebelum itu dibawa ke hospital pada 2 pagi hari sama dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh seorang lelaki dipercayai bapa angkat kanak-kanak itu.

Pemeriksaan lanjut oleh pegawai perubatan mendapati terdapat kecederaan seperti kesan lebam di belakang badan dan bahagian perut mangsa dipercayai akibat dipijak.

Difahamkan, mangsa warga Indonesia yang sudah kematian ibu dan tidak mempunyai bapa diserahkan abang ipar suspek untuk dijaganya sejak Disember tahun lalu.

Disiarkan pada: November 18, 2021 @ 1:03pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
resepi Ikan goreng paling anak dan suami suka musim hujan gini.
chaconresepi Ikan goreng paling anak dan suami
Views : 5693 Replies : 5
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 202555 Replies : 4811
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 2036 Replies : 16
Sambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan terangkat!
bang_nsrSambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan te
Views : 5041 Replies : 18
Stroller Baby Untuk Travel Mana Yang Terbaik
masterdinStroller Baby Untuk Travel Mana Yang Ter
Views : 3388 Replies : 2
JOM TEST MATA
Markonah_7JOM TEST MATA
Views : 4842 Replies : 27
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 11757 Replies : 14
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 10028 Replies : 56
Kehebatan marketing
chaconKehebatan marketing
Views : 2908 Replies : 8
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 24268 Replies : 164

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.057453 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list