|
Bojan tabik pemain KL City
Pemain KL City FC, Zhafri Yahya diasak pemain Sri Pahang FC, Muhammad Ashar Al Afiz pada saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, semalam. - Foto NSTP/Farizul Hafiz Awang.
KUANTAN: Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City, Bojan Hodak memuji komitmen tinggi yang dipersembahkan pemainnya apabila menewaskan Sri Pahang FC 1-0 di Stadium Darul Makmur, semalam.
Hodak berkata kemenangan itu mengesahkan skuad itu muncul juara Kumpulan A, sekali gus mempamerkan prestasi cemerlang di peringkat kumpulan tanpa tewas dalam enam perlawanan.
"Bagi saya, KL City bukan pasukan yang besar tetapi boleh melakukan kejutan pada saingan Piala Malaysia musim ini. Oleh itu, saya mengharapkan semua pemain dapat mengekalkan prestasi mereka pada saingan suku akhir," katanya.
Pada perlawanan itu, gol tunggal pemain tengah, Zhafri Yahya pada minit ke-83 memastikan KL City mengutip tiga mata, sekali gus muncul juara Kumpulan A.
Mengulas gol yang dijaringkan oleh Zhafri, beliau berpuas hati dengan sumbangan pemain tengah itu dalam membantu pasukan beroleh kemenangan.
Dengan status juara Kumpulan A, KL City akan berdepan dengan jiran tertangga, Selangor FC pada saingan suku akhir piala berprestij itu.
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... abik-pemain-kl-city
|
|