SEDANG DILAKSANA: Jambatan bakal memberi kemudahan kepada lebih 3,000 penduduk kawasan Daerah Mengundi Kg.Tinanom.
RANAU: Lebih 3,000 penduduk dari lima perkampungan kawasan Daerah Mengundi Kampung Tinanom bakal menikmati kemudahan jambatan konkrit.
Jambatan berukuran 98 meter itu termasuk dalam pakej projek pembinaan Kg Walou-Tinanom-Kigiwit berjumlah RM51 juta yg kini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap tidak lama lagi.
Penduduk dari lima buah kampung yang bakal mendapat manfaat kemudahan itu ialah, Kg.Wallou, Kg.Penulangon, Kg.Tinanom, Kg.Kodop dan Kg.Kigiwit.
Jurucakap Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) Kg.Tinanom, Gabin Suging menjelaskan penduduk kampung berterima kasih kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri II yang juga Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin dan juga kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan Datuk Abidin Madingkir di atas usaha berterusan mereka untuk mendapatkan peruntukan daripada kerajaan Pusat.
"Sudah tentu naik taraf jalan raya berturap sejauh kira-kira tujuh kilometer dari simpang Kg.Penulangon ke SK.Tinanom turut memberi impak yang besar kepada para penduduk kampung.
NAIK TARAF: Jalan raya yang sedang dinaik taraf.
"Dengan siapnya jambatan itu kelak, ia akan memberi keselesaan serta kemudahkan penduduk untuk menghantar hasil pertanian ke pekan Ranau, menghantar pesakit ke klinik berhampiran atau ke Hospital Ranau, mengangkat jenazah dan membawa barang yang dibeli dari pekan Ranau," katanya.
utusanborneo.com.my/2021/11/08
|