CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 779|Reply: 2

[Kedah] Insiden kepala air di Lata Bayu, tiga remaja cedera pokok tumbang

[Copy link]
Post time 8-11-2021 12:28 AM | Show all posts |Read mode
Insiden kepala air di Lata Bayu, tiga remaja cedera pokok tumbang
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA | | 07 November 2021


Kejadian turut menyebabkan pokok tumbang menghempap sebuah kereta dan motosikal di lokasi kejadian.

BALING - Tiga remaja perempuan cedera terkena pokok tumbang dalam kejadian hujan ribut dan kepala air di pusat rekreasi Lata Bayu di sini kira-kira jam 5 petang Ahad.


Seorang mangsa berusia 13 tahun dikatakan mengalami patah di bahagian buku lali kaki kiri manakala dua lagi berusia 15 dan 16 tahun masih belum diketahui tahap kecederaan yang dialami.


Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, seorang mangsa dihantar ke Hospital Baling dan dua lagi ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk rawatan lanjut.


"Polis menerima maklumat berlakunya hujan lebat dan angin kencang dalam kejadian kepala air di Lata Bayu.


"Kejadian turut menyebabkan pokok tumbang sehingga menghempap sebuah kereta dan motosikal.


"Setakat ini, kita menerima laporan tiga pengunjung cedera terkena dahan pokok tumbang namun tahap kecederaan masih belum dikenal pasti," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.



Hujan lebat dan angin kencang sehingga menyebabkan berlaku fenomena kepala air di pusat rekreasi Lata Bayu, Baling, Kedah.


Menurut Shamsudin, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah mengambil tindakan menutup pusat rekreasi Lata Bayu dan sebuah lagi pusat rekreasi, Lata Hijau yang berada bawah kawalan agensi berkenaan.


"Orang ramai dinasihatkan tidak mengunjungi pusat rekreasi air terjun yang berisiko berlakunya kejadian kepala air.


"Kita juga memohon pengunjung agar mematuhi peraturan yang telah dikeluarkan pihak berkuasa dari masa ke semasa," katanya.


Pada 18 Ogos lalu, fenomena kepala air berlaku di Gunung Jerai, Kedah sehingga menyebabkan enam maut selain menjejaskan lebih 1,000 buah rumah di daerah Yan dan Kuala Muda.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... edera-pokok-tumbang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2021 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
musim-musim hujan skrg elakkan pegi sungai.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 11:23 AM | Show all posts
Duduk rumah ajelah musim-musim tengkujuh ni.  

Faham, dah lama terkurung. Tapi dah banyak amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.  Susah sangat ke nak ikut arahan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.068690 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list