CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1414|Reply: 10

[Sarawak] Batik Linut dirasmikan di Miri pada 24 Nov ini

[Copy link]
Post time 7-11-2021 03:06 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Batik Linut, produk hasil anak Sarawak daripada bahan linut yang diperbuat daripada tepung lemantak akan dilancarkan di sini pada 24 Nov ini.
Batik itu akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Majlis pelancaran dijangka diadakan di Miri Marriot Resort and Spa pada 3 petang, kata Menteri Muda Pelancongan Datuk Sebastian Ting di sini semalam.

Ting yakin produk itu mampu menarik pelancong asing ke Sarawak.

Menurut Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak, Azran Arip yang dipetik media sebelum ini,  linut dihasilkan daripada sagu mentah  atau lemantak sebelum diproses menjadi tepung sagu.

Sagu mentah akan dicampur dengan air panas sehingga menjadi likat dan jernih untuk dinikmati bersama makanan lain sebagai penambah perisa. Rasanya yang tawar membuatkan ia mudah diserasikan dan digandingkan dengan apa juga sajian sampingan.

“Apabila dicampur air panas, ia akan cair dan ‘masak’. Apabila kering, ia akan menjadi beku dan keras tetapi boleh dilembutkan semula menggunakan air. Linut yang sudah kering dan membeku ini berpotensi menjadi bahan penghalang air daripada menembusi bahagian sebaliknya.

“Dalam pembuatan batik, linut dilihat mampu menjadi bahan penghalang warna menggantikan lilin berdasarkan sifatnya setelah kering dan boleh ditanggalkan daripada fabrik menggunakan air.

“Idea untuk menggunakan linut sebagai pembaharuan dalam pembuatan batik tercetus apabila diberi tugasan untuk mencari inovasi yang dapat memberikan kelainan sama ada dari segi penggunaan bahan, teknik, proses, reka corak dan mewujudkan identiti baru bagi komuniti setempat,” katanya lagi.


sarawakvoice.com/2021/11/07



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2021 03:07 PM | Show all posts
Corak kacak juak. Ada gambar yang lebih jelas sis?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2021 03:14 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 7-11-2021 07:15 AM
Rockafella replied at 7-11-2021 07:07 AM
Corak kacak juak. Ada gambar yang lebih jelas sis?

MUKAH: Sagu atau linut yang menjadi makanan kegemaran etnik Melanau dikenal pasti boleh digunakan sebagai inovasi terbaharu menghasilkan fabrik batik yang unik.

Linut dilihat mampu menjadi bahan penghalang menggantikan lilin berdasarkan sifatnya selepas kering dan boleh ditanggalkan daripada fabrik menggunakan air.

Proses pembuatan batik bermula dengan kain putih kapas sepanjang 2.5 sehingga empat meter dicelup di dalam linut kemudian dijemur sehingga kering, seterusnya ia dicelup kali kedua untuk dimasukkan warna terang dan dijemur sekali lagi.

ain kemudian dicelup sekali lagi ke dalam bahan kimia khas untuk mematikan warna dan dijemur sehingga kering, direbus serta dicuci.

Motif berinspirasikan busana tradisional dan alam semula jadi seperti kunci (butang) baju bangkuas iaitu baju tradisional Melanau, buah mulung dan terendak dicetak di atas batik menggunakan teknik cetakan sutera saring.
sebenarnya kmk bok tauk juak ada batik linut








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2021 03:18 PM | Show all posts
Tapi gambar batik nok firsttt sekali ya nang kacak coraknya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2021 03:22 PM | Show all posts
Rockafella replied at 7-11-2021 07:18 AM
Tapi gambar batik nok firsttt sekali ya nang kacak coraknya.

mun keja gomen masih boleh bergaya ngan batik
kinek mcm kurang dah orang pakei batik
ke kmk yang xtauk ada orang suka bercarik batik
lagipun batik mahal.. beli2 pun pakei ole2 jak
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2021 03:24 PM | Show all posts
Vellfire replied at 7-11-2021 03:22 PM
mun keja gomen masih boleh bergaya ngan batik
kinek mcm kurang dah orang pakei batik
ke kmk yang x ...

Saya keja gomen. Hahahaha! Nang selalu carik baju batik, tapi malaa jak design lamak2. Mok menarik design Sarawak empun, susah juak mok milih nok berkenan di hati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-11-2021 03:28 PM | Show all posts
Rockafella replied at 7-11-2021 07:24 AM
Saya keja gomen. Hahahaha! Nang selalu carik baju batik, tapi malaa jak design lamak2. Mok menarik ...

ada jual kat https://www.mycraftshoppe.com/products/jxebj4xk?lang=bm
kmk orang k batik hari rabu jak
kain batik yang  syarikat berik
so siklah bercarik batik

keja di Semenanjungkah?





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2021 03:30 PM | Show all posts
Vellfire replied at 7-11-2021 03:28 PM
ada jual kat https://www.mycraftshoppe.com/products/jxebj4xk?lang=bm
kmk orang k batik hari rabu j ...

Aok.. Putrajaya. Selamak bekerja di semenanjung, SIGEKKKKK jak baju batik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2021 03:41 PM | Show all posts
Rockafella replied at 7-11-2021 07:30 AM
Aok.. Putrajaya. Selamak bekerja di semenanjung, SIGEKKKKK jak baju batik.

betul tekaan kmk..

ada kawan kmk keja sia juak
nya asal sibo



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 10:14 AM | Show all posts
Vellfire replied at 7-11-2021 03:28 PM
ada jual kat https://www.mycraftshoppe.com/products/jxebj4xk?lang=bm
kmk orang k batik hari rabu j ...

Terima kasih untuk link itu.

Cantik-cantik dan lain dari corak yang biasa di semenanjung.

Harga pun mampu milik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2021 11:41 AM | Show all posts
Miri jadi pintu masuk Batik Linut di Sarawak


MIRI: Sarawak merupakan pengeksport utama sagu di dunia manakala Sagu amat sinonim dengan masyarakat Melanau.

Menurut Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, sagu telah diberikan perseptif baharu daripada sekadar komoditi eksport dan makanan kepada satu ciptaan tekstil.

“Di kediaman sederhana di Lamin Dana Cultural Lodge Mukah, tepung sagu, warna-warna, cebisan kreativiti dan banyak melahirkan produk menarik dan baharu yang dikenali sebagai Batik Linut.

“Batik Linut ini merupakan produk inovatif yang menggunakan tepung sagu sebagai bahan utama untuk mereka membentuk corak pada tekstil yang dipelopori Pasukan Lamin Dana di Tellian Mukah di bawah bimbingan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (MHDC) Cawangan Sarawak,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Proudly Sarawak – Batik Linut Textiles di Hotel Grand Palace, Miri pada Sabtu.

Dalam perkembangan sama, Datuk Sebastian Ting mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Batik Linut Lamin Dana Mukah di atas kesediaan mereka berkongsi ‘jiwa dan warisan Melanau’ dengan Bandaraya Miri dan menjadikan bandar ini sebagai pintu masuk kepada produk Batik Linut.

“Dilahirkan di Mukah dan dibawa ke dunia melalui Bandar Miri menjadikan Batik Linut sebagai produk kebanggaan Bandaraya Miri.

“Saya mesti katakan bahawa Batik Linut merupakan satu produk yang inovatif, kreatif dan eksklusif.

“Miri akan mempunyai produk pelancongan baharu sebagai tarikan dengan produk pelancongan yang sedia ada,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Lamin LD Sdn Bhd Diana Rose memberitahu Batik Linut ini adalah untuk generasi muda dalam mengetengahkan bakat dalam rekaan fesyen selain mempromosikan produk keluaran tempatan.


sarawakvoice.com/2021/11/08


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.220959 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list