CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 697|Reply: 2

[Kedah] Fenomena air pasang bukan pesta, awasi anak - Polis

[Copy link]
Post time 7-11-2021 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Fenomena air pasang bukan pesta, awasi anak - Polis[size=0.8]Zuliaty Zulkiffli - November 7, 2021 @ 8:03am[email protected]




ALOR SETAR: Tindakan segelintir ibu bapa membiarkan anak bermain air ketika air pasang besar di jalan raya sekitar kediaman di Kuala Kedah mengundang bahaya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata ketika pemantauan pihaknya pada jam 12 tengah malam hingga jam 3.30 pagi tadi, terdapat kanak-kanak berusia antara empat hingga lima tahun masih bermain air di halaman rumah.

Beliau berkata, fenomena yang berlaku 20 tahun sekali itu merbahaya kepada orang ramai terutama kanak-kanak kerana arus air yang deras.

"Kita menasihatkan ibu bapa supaya sentiasa memantau dan mengawasi anak masing-masing kerana hasil pemantauan mendapati air naik dengan cepat pada jam 12 tengah malam.


"Ketika pemantauan dibuat, ada kanak-kanak yang seronok bermain air dan kita faham penduduk juga tidak dapat tidur kerana rumah penuh dengan air tetapi perlu sentiasa berhati-hati," katanya.

Beliau ditemui ketika melakukan tinjauan di sekitar Pekan Kuala Kedah.

Ahmad Shukri berkata fenomena air pasang besar yang berlaku pada hari kedua malam tadi tidak seteruk malam kelmarin namun ada kawasan yang ditenggelami air setinggi 0.5 meter.

Beliau berkata, air yang memenuhi kawasan pekan Kuala Kedah itu mulai surut sepenuhnya kira-kira jam 6 pagi secara berperingkat-peringkat.

"Kawasan dinaiki air adalah di sekitar Taman Seri Putera dan Kampung Ulu yang terletak berhampiran muara Kuala Kedah.

"Selain itu, pekarangan hadapan Balai Polis Kuala Kedah juga turut dinaiki air tetapi tidak memasuki bahagian dalam balai berikutan penambahbaikan di hadapan bangunan itu menjadikan kawasan lebih tinggi," katanya.

Ahmad Shukri berkata, fenomena air pasang besar ini dijangka berterusan dalam tempoh dua atau tiga hari lagi dan berharap penduduk di kawasan yang ditenggelami air supaya sentiasa berhati-hati.

Bagaimanapun tiada penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana kejadian air pasang besar itu hanya sementara dan surut selepas beberapa jam kemudian.

"Keadaan semalam (kelmarin) lebih teruk kerana ada kawasan yang dinaiki di pekan Kuala Kedah dan Kampung Ulu lebih dalam berbanding hari ini disebabkan air laut melimpah dengan cepat," katanya.

Sementara itu, tinjauan di sekitar Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah mendapati paras air memenuhi bahagian hadapan kawasan itu menyebabkan beberapa kenderaan milik orang ramai yang ditinggalkan di kawasan itu turut ditenggelami air.

Pekan Kuala Kedah dinaiki air akibat fenomena air pasang. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2021 12:13 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
kat mana-mana pun sama. bila air naik mesti ada yg main air.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.784243 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list