CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 646|Reply: 1

[Kedah] JKR bina jambatan Bailey di Kampung Setol

[Copy link]
Post time 6-11-2021 09:18 PM | Show all posts |Read mode
JKR bina jambatan Bailey di Kampung Setol[size=0.8]Oleh Noorazura Abdul Rahman - November 6, 2021 @ 7:00pm[email protected]


Datuk Seri Mahdzir Khalid beramah mesra dengan kakitangan KEMAS pada majlis Anugerah Khidmat Cemerlang Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Peringkat Negeri Kedah di Kuala Nerang - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir




PADANG TERAP: Projek pembinaan jambatan baharu bagi menggantikan jambatan runtuh di Kampung Setol, Yan, akibat bencana kepala air pada 18 Ogos lalu, di peringkat perolehan yang dijangka mengambil sedikit masa.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pihaknya kini dalam proses memasang jambatan sementara jenis Bailey untuk kemudahan penduduk di kampung berkenaan.

"Apabila siap proses tender, baru kita dapat bina jambatan kekal baharu, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu buat proses reka bentuk jambatan kekal ini dan ia akan mengambil masa.

"Jadi kita putuskan dengan JKR pasang jambatan Bailey Bridge terlebih dahulu untuk kemudahan penduduk," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) kepada kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Dewan Kolej MARA, di sini, hari ini.

Khamis lalu, lebih 500 penduduk kampung itu menggesa kerajaan mempercepatkan pembinaan jambatan baharu setelah kemudahan itu runtuh akibat tragedi kepala air.

Penduduk mendakwa ketiadaan jambatan itu menyebabkan mereka terpaksa menggunakan laluan alternatif yang jaraknya dua kali ganda jauh berbanding laluan asal.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, walaupun pembinaan jambatan baharu itu belum dapat dimulakan, masih terdapat projek terutama baik pulih kemudahan sedang berjalan mengikut jadual.

Katanya, antara kerja baik pulih yang dilakukan adalah membabitkan Tabika KEMAS selain pembaikan jalan kampung, kubur dan surau yang rosak akibat kejadian bencana itu.

Sementara itu, ditanya mengenai kerosakan akibat banjir yang melanda Kedah ketika ini, beliau memaklumkan yang terjejas hanya beberapa jalan kampung.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2021 09:19 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.046141 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list