CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 574|Reply: 0

[Sarawak] 300 hadiri bicara sejarah Sarawak

[Copy link]
Post time 6-11-2021 07:51 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seramai 300 peserta  dianggarkan hadir dalam Program Bicara Sejarah Sarawak yang bertemakan Semarak Rasa Cinta Kepada Negara, hari ini.

Program yang berlangsung di Hotel Imperial di sini merupakan anjuran julung kalinya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) melalui Arkib Negara Malaysia.

Menteri Motac Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia merupakan satu program yang memberi impak dan inspirasi kepada semua golongan rakyat supaya menghayati dan memahami perjuangan pribumi Sarawak khususnya dalam menuntut kemerdekaan.

Menurutnya, inisiatif ini dapat memperkasa jati diri dan semangat nasionalisme terhadap negeri dan negara yang kita sayangi ini.

“Antara objektif penganjuran program tersebut adalah untuk menceritakan faktor kejayaan perjuangan kemerdekaan yang dicapai oleh penduduk Sarawak ketika itu.

“Ia juga untuk mengenang jasa perjuangan tokoh dengan mengambil ikhtibar teladan daripada kisah perjuangan berkenaan,” katanya ketika berucap seterusnya menyempurnakan perasmian program tersebut, hari ini.

Untuk rekod, Bicara Sejarah Sarawak ini terbahagi kepada dua tajuk utama iaitu Bicara Sejarah: Peranan Pribumi Sarawak Dalam Perjuangan Kemerdekaan dan Bicara Sejarah: Peranan Komuniti Dalam Persejarahan Negeri Sarawak.

Tajuk pertama tersebut melibatkan tiga orang tokoh pembicara iaitu Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak Datuk Dr Sanib Said, Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Profesor Dr Neilson Ilan Mersat, Pensyarah Unimas Dr Adibah Yusuf, dan moderator adalah Pensyarah Universiti Malaya Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.

Sementara itu, tajuk kedua melibatkan tokoh pembicara dari Dewan Bahasa dan Pustaka Dr Hazami Jahari, Pensyarah Unimas Dr Juna Liau, Dr Habids Buhigiba Mohd Bustaman dari Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang dan Ahli Majlis Profesor Negara Dr Jeniri Amir.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.606668 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list