View: 635|Reply: 2
|
[Sarawak]
Homestay Sarawak jana RM1.2 juta
[Copy link]
|
|
Industri inap desa menerusi pelaksanaan Program Pengalaman Homestay Malaysia di Sarawak menjana lebih RM1.2 juta pendapatan tahun lepas dengan kehadiran hampir 9,700 pengunjung, menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata sebelum penularan COVID-19, jumlah pendapatan bagi program melibatkan 676 pengusaha inap desa di 50 kampung yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) itu adalah melebihi RM4 juta.
“Insya-Allah dengan pembukaan aktiviti pelancongan domestik dan kebenaran rentas negeri sekarang, kita berharap pengusaha program homestay ini akan kembali menjana pendapatan yang baik,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Mordi Bimol (PH-Mas Gading) mengenai pelan MOTAC untuk merangsang pertumbuhan sektor ekopelancongan khususnya di Sarawak ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Selain itu, Nancy berkata sembilan kluster ekopelancongan di Sarawak yang berpotensi dibangunkan telah dikenal pasti antaranya Kluster Satu melibatkan Lundu, Sematan, Telok Melano dan Tanjong Datu serta Kluster Dua melibatkan Bako, Santubong, Kubah, Semenggoh, Bau dan Padawan.
Beliau berkata segmen ekopelancongan merupakan antara fokus utama kementeriannya terutama dalam merancakkan pelancongan domestik selaras dengan Pelan Ekopelancongan Kebangsaan (NEP) (2.0) 2020-2030.
-- BERNAMA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Homestay menarik di Kuching - alternatif best untuk percutian keluarga
Setiap kali merancang percutian bersama anak-anak, tempat penginapan sentiasa menjadi perhatian kebanyakan ibu bapa. Bukan sahaja perlu melihat bajet yang bersesuaian, namun rata-rata mahukan penginapan yang sesuai untuk anak-anak beristirahat dengan sempurna. Tak perlu mewah, namun biarlah reasonably selesa.
Kini, dengan kemajuan dalam industri pelancongan, bukan sahaja hotel tumbuh bak cendawan lepas hujan dengan pelbagai bajet dan konsep, namun, pengusaha-pengusaha homestay juga tidak ketinggalan memeriahkan industri ini, sekaligus membuka lebih banyak pilihan buat para pelancong yang berkunjung.
Di sini disenaraikan beberapa homestay menarik di Kuching sesuai untuk dijadikan penginapan percutian keluarga sebagai rujukan mereka yang sedang merancang percutian di sini. Diharap senarai ini mebantu memudahkan anda merancang percutian yang menyeronokkan bersama anak-anak. Selamat bercuti bersama keluarga!
1. Basaga Holiday Residences
Penginapan menarik sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan dan kedamaian setelah penat seharian membawa anak-anak berjalan-jalan di bandaraya Kuching. Dikelilingi taman di samping turut mempunyai kolam renang, homestay ini sangat sesuai untuk anda sekeluarga bersantai melepaskan penat ketika percutian.
Beberapa pilihan bilik ditawarkan termasuk bilik dan villa famili sesuai untuk mereka yang bercuti bersama anak-anak. Suasana penginapan di sini sememangnya tidak sama dengan penginapan di hotel-hotel yang lebih mainstream. Host yang peramah dan sedia membantu membuatkan tetamu berasa seperti berkunjung ke rumah sahabat walau di tempat asing. Homestay menarik ini juga mempunyai restoran untuk kemudahan tetamu menjamu selera.
Walaupun terletak agak jauh dari kawasan tumpuan pelancong Kuching Waterfront, pengusaha homestay ini menyediakan free shuttle untuk kemudahan tetamu yang menginap di sini. Walaubagaimanapun, jika anda berkenderaan, sudah tentu anda mempunyai lebih freedom dan waktu yang fleksibel untuk membawa anak-anak bersiar-siar di bandaraya yang menarik ini.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Homestay menarik di Kuching - alternatif best untuk percutian keluarga!
2. Loft @ Vivacity
Unit kondominium yang dijadikan homestay ini menawarkan penginapan selesa yang boleh menempatkan sehingga 6 orang tetamu. Dengan dekorasi interior yang tersendiri, homestay menarik ini menawarkan 3 bilik tidur untuk anda sekeluarga di beristirahat dengan selesa. Bukan itu sahaja, keseluruhan unit kondominium ini termasuk kawasan living dan dining dilengkapi penghawa dingin untuk keselesaan anda sekeluarga.
Walaupun terletak agak jauh dari kawasan yang popular sebagai tempat tumpuan pelancong (kira-kira 20 minit berkenderaan), kedudukan di atas shopping mall terbesar di sini ini tetap menajdikan homestay ini pilihan tetamu kerana ia memudahkan mereka mendapatkan barangan keperluan semasa percutian. Parking disediakan untuk tetamu yang menginap di sini.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|