View: 630|Reply: 0
|
[Sabah]
Sabah layak beralih ke Fasa Empat PPN bermula Isnin depan
[Copy link]
|
|
KOTA KINABALU: Sabah layak beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Isnin depan.
Perkara terbabit diumumkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun melalui ciapan di laman sosial Twitter miliknya.
Menurutnya Sabah layak beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara berkuat kuasa 8 November 2021.
Tambahnya seiring dengan peralihan ini lebih banyak kelonggaran akan diberikan dan orang ramai diminta untuk menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) sepenuhnya.
Sementara itu dalam perkembangan harian COVID-19 masidi berkata hanya 554 kes semalam dengan penurunan sebanyak 101 berbanding hari sebelumnya.
“Lebih banyak daerah mencatatkan penurunan kes berbanding pertambahan dan ibu negeri hanya merekodkan pertambahan kecil dengan menrekodkan 76 kes iaitu kes paling tinggi di Sabah semalam.
“72 daripada jumlah keseluruhan kes itu bagaimanapun dicatat sebagai kes daftar lewat antara dua hingga tiga hari selepas keputusan saringan diketahui manakala empat kes lagi melebihi tiga hari.
“Bagi keseluruhan kes, 303 atau 54.7 peratus adalah kes yang berlaku dan didaftar dalam tempoh 24 jam lalu,” katanya.
Beliau berkata lebih daripada 97 peratus daripada 554 kes adalah kes ringan yang tidak memerlukan rawatan di hospital.
“101 orang dalam Kategori satu dan 438 orang dalam Kategori dua diikuti empat dalam kategori tiga, dan kategori empat dan lima masing-masing hanya mencatatkan dua kes,” katanya sambil menambah tujuh kes masih dalam siasatan JKNS.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|