CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 609|Reply: 0

[Kedah] Penghuni pusat pemulihan dadah maut dipercayai dipukul

[Copy link]
Post time 5-11-2021 11:55 AM | Show all posts |Read mode
Penghuni pusat pemulihan dadah maut dipercayai dipukul[size=0.8]Izad Thaqif Hassan - November 5, 2021 @ 12:16am[email protected]




ALOR SETAR: Seorang lelaki maut dipercayai dipukul di sebuah pusat pemulihan dadah dan akhlak di Changlun, dekat sini, malam tadi.

Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8 malam oleh doktor selepas dibawa ke Hospital Jitra.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata mangsa sebelum itu dikatakan cuba melarikan diri dari pusat pemulihan berkenaan.

"Mangsa kemudian berjaya ditahan dan siasatan lanjut mendapati dia kemungkinan dipukul serta berlaku kekerasan terhadapnya.

"Setakat ini, seorang suspek iaitu pengawal pusat pemulihan berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, terdapat kesan lebam di leher dan dada serta kesan cakar di bawah dagu mangsa.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.040912 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list