CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 901|Reply: 7

[Kedah] Ikan siakap RM1,196.80

[Copy link]
Post time 4-11-2021 10:26 PM | Show all posts |Read mode
Ikan siakap RM1,196.80[size=0.8]Hamzah Osman - November 4, 2021 @ 9:46pm[email protected]


Resit yang dimuat naik oleh pelanggan yang mendakwa sebuah restoran terapung di Langkawi mengenakan harga terlalu mahal bagi ikan siakap. NSTP/TULAR DI MEDIA SOSIAL




LANGKAWI: Makan tengah hari bagi sekumpulan tujuh pelancong di sebuah restoran terapung di pulau ini semalam, dikejutkan dengan harga ikan siakap yang didakwa terlalu mahal.

Berdasarkan satu resit yang dimuat naik seorang pengadu di laman sosial, ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang dipesannya berjumlah RM1,196.80.

Jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan terbabit termasuk hidangan makanan dan minuman lain, ialah RM1,759.50 dan kini tular di media sosial.

"Selesai pembayaran saya tegur dan nasihat, jangan meniaga macam ini. Ikan tu jangan bagi sampai tujuh kilogram sedangkan untuk tujuh orang makan dan beberapa lagi nasihat dan teguran saya sampaikan.

"Selepas itu, saya lihat pelanggan di belakang saya pun seolah-olah pasrah. Dia makan berdua dan bil yang dikenakan sebanyak RM755," katanya dalam hantaran dalam Facbeook yang kini tular.

Sementara itu, pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa, ketika dihubungi berkata, dia sendiri yang mengambil pesanan daripada pelanggan terbabit.

"Saya sudah menerangkan kepada pelanggan bahawa ikan itu biasanya tidak dijual, tetapi dipelihara sebagai sebahagian pertunjukan untuk tontonan pengunjung pengunjung restoran.

"Saya telah mencadangkan kepada pelanggan supaya untuk mengambil ikan lain seperti siakap merah dan kerapu dengan saiznya sekitar satu hingga 1.5 kilogram (kg), yang lebih sesuai untuk dijadikan hidangan," katanya

Beliau berkata, ketika kejadian, dia telah meminta pelanggan terbabit untuk melihat sendiri ikan sebelum dimasak tetapi mereka tidak mahu berbuat demikian.

Tambahnya, harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu, iaitu sebanyak RM16 bagi setiap 100 gram (g).

Norasyikin turut menafikan dia ada mengenakan caj tambahan bagi pembayaran menggunakan kad kredit seperti didakwa pelanggan terbabit.

"Sebenarnya, pesanan pelanggan itu mempunyai dua helai resit masing-masing berjumlah RM1759.50 dan RM93, namun pelanggan itu hanya memuatnaik resit yang lebih tinggi nilainya.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2021 12:16 AM | Show all posts
mahalnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 09:20 AM | Show all posts
katanya ambik ikan yg showroom punya...sebab tu mahal..

telur dadar pun dah 36 ringgit...apa la menu dlm telur dadar tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
mak aii melampau betul harga.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 12:21 PM | Show all posts
Masih tak faham, kenapa pilih ikan seberat 7.48kg untuk 7 orang makan?
Mentekedarah ke apa ni??
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
ikan besar...

berbaloi ke harga??

mega size katanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2021 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
ikan siakap 16 hengget bagi setiap 100 g.

ikan seberat 7.8 kg

mau harga kayangan terus
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 05:07 PM | Show all posts
dah la makan ikan bela dalam sangkar. sangat2 tak nikmat, pastu kena bayar mahal. nasib ada cc..kalu xde jenuh nak tong tong kumpul duit bayor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.039042 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list