CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1163|Reply: 0

[Pahang] Ikan mungkus dapat permintaan tinggi

[Copy link]
Post time 3-11-2021 10:24 AM | Show all posts |Read mode

Ikan mungkus mendapat permintaan tinggi pelanggan di Pekan Sehari Temerloh.

TEMERLOH - Orang Pahang khususnya dari Temerloh lebih menggemari ikan mungkus berbanding jenis ikan air tawar yang lain.

Peniaga ikan pekasam, Ridzuan Harun, 38, dari Kampung Buntut Pulau, di sini memberitahu, ikan tersebut mendapat permintaan tinggi dan laris terjual setiap kali dia dan bapanya, Harun Buman, 84, berniaga di Pekan Sehari Temerloh.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... t-permintaan-tinggi

Menurut Ridzuan, selain ikan mungkus, dia turut menghasilkan pekasam menggunakan ikan lain seperti patin, kerai dan lampam.

"Mungkin saiz ikan mungkus yang kecil dan mudah dikunyah menjadikan ia lebih mendapat permintaan tinggi orang di sini.

"Selain dijual di pekan sehari, saya juga ada meletakkan ikan ini di kedai-kedai selain menjualnya secara dalam talian, namun orang luar lebih gemarkan ikan lampam," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Tambah Ridzuan, dia sendiri menangkap ikan-ikan tersebut menggunakan kemahiran dan pengalaman sebagai nelayan sungai sebelum ini.

"Penghasilan ikan pekasam sudah lama dilakukan oleh arwah ibu, Ramlah Sulaiman dan bapa sejak 1970 hingga kini.

"Hanya ketika arwah ibu sakit pada 2014, saya mula mempelajarinya selain sedar kudrat bapa yang kian dimamah usia," jelasnya.

Maklum balas positif pelanggan juga membuatkan anak bongsu dari lima beradik itu membantu bapanya dan meneruskan perniagaan hingga kini selepas ibunya meninggal dunia pada 2019.

"Ikan pekasam lagi sedap dimakan kalau diperam tiga hari. Saya akan mulakan penghasilan ikan untuk diperam setiap Khamis sebelum dijual pada Ahad.

"Keunikan ikan pekasam yang dijual ini, ia diletakkan di atas daun keladi hutan berbanding daun pisang yang dijual dengan harga RM6 selonggok," katanya lagi.

Sementara itu, Harun berkata, walaupun sudah berusia, dia tetap mahu ke pasar bersama anaknya untuk menjual ikan-ikan pekasam tersebut.

Ujarnya, dia bersyukur kerana anak bongsunya itu membantu dan meneruskan perniagaan keluarga.

"Lagipun seronok tengok orang ramai dan saya sendiri rasa kurang cergas kalau tidak berbuat apa-apa," tambahnya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... t-permintaan-tinggi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.066291 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list