CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1203|Reply: 1

[Kedah] 1,000 hektar sawah di Kedah ditenggelami banjir

[Copy link]
Post time 2-11-2021 10:48 PM | Show all posts |Read mode
1,000 hektar sawah di Kedah ditenggelami banjir[size=0.8][size=0.9]Noorazura Abdul Rahman
[email protected]


Antara kawasan sawah di Pendang yang ditenggelami banjir baru-baru ini. FOTO IHSAN PEMBACA





Alor Setar: Kira-kira 1,000 hektar sawah di Pendang, Kota Setar dan Kubang Pasu dilaporkan ditenggelami banjir sejak bulan lalu, menyebabkan pesawah mengalami kerugian jutaan ringgit.

Banjir melanda kawasan terbabit turut mengakibatkan banyak pesawah tidak dapat memulakan musim penanaman baharu mengikut jadual ditetapkan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).

Pesawah, Muhammad Fadzil Jaafar, 56, berkata lebih 400 hektar sawah miliknya di Kampung Alor Sekawan dan Kampung Alor Binjal masih ditenggelami air sejak Sabtu lalu.

Katanya, kira-kira 300 pesawah di kampung berkenaan sepatutnya mula menabur benih secara berperingkat bermula hujung September lalu, namun ia masih tertangguh apabila air Sungai Pendang melimpah ke sawah mereka.

"Banyak rumah penduduk turut ditenggelami air, rata-rata mereka adalah pesawah. Air sungai keluar masuk ke sawah sejak sebulan lalu, dan yang terbaharu berlaku Sabtu lalu.

"Kami bimbang sekiranya keadaan berlarutan ia akan menyebabkan berlaku kelewatan menanam pada musim ini yang akan mengakibatkan kami terpaksa menuai di luar musim.

"Selain itu, jika proses penanaman diteruskan pada musim hujan, ia akan menyebabkan padi rosak atau ditenggelami air, sekali gus mengakibatkan kerugian kepada kami," katanya yang lebih 20 tahun mengusahakan sawah.

Muhammad Fadzil berkata, situasi terburuk mungkin berlaku akibat banjir adalah pesawah berkemungkinan tidak dapat mengusahakan sawah pada musim ini dan terpaksa menunggu musim menanam tahun hadapan.

Katanya, kejadian banjir kali ini dianggap antara terburuk kerana air bertakung terlalu lama di sawah dengan kejadian sama pernah berlaku pada 2002, namun ia tidak selama berlaku ketika ini.

Pesawah, Jalamaludin Mahmud, 65, berkata dia terpaksa menyewa rumah inap desa sejak 13 hari lalu selepas rumahnya di Kampung Alor Berala turut ditenggelami banjir.

Menurutnya, sawah seluas dua hektar tidak dapat diusahakan apabila dipenuhi air sejak dua minggu lalu.

"Air tak bergerak ke mana-mana disebabkan Sungai Pendang masih melimpah.

"Saya sepatutnya mula menabur benih padi pada pertengahan bulan lalu, tetapi apakan daya bencana alam seperti ini tidak boleh dielak. Saya tak tahu bila agaknya boleh mula menabur benih, apa yang pasti ramai pesawah terpaksa tanggung kerugian," katanya.

Ahad lalu, Pengerusi Mada, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, masalah air bertakung di kawasan sawah di Pendang adalah disebabkan jumlah air hujan melebihi jumlah biasa.

Katanya, ia membabitkan lebih 619 hektar sawah padi dengan anggaran kerosakan sebanyak 370 hektar atau kira-kira 60 peratus daripada jumlah keseluruhan tanaman.

Disiarkan pada: November 2, 2021 @ 4:54pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2021 10:24 AM | Show all posts
selagi benih belum tabur, takde rugi banyak kot..
melainkan benih dah tabur, memang rugi sangat la..
kena beli benih baru..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.592644 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list