CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1219|Reply: 0

[Kedah] Guru bina makmal guna bas terpakai

[Copy link]
Post time 1-11-2021 09:37 PM | Show all posts |Read mode
Guru bina makmal guna bas terpakai[size=0.8]Oleh Noorazura Abdul Rahman - November 1, 2021 @ 1:39pm[email protected]


Antara kelengkapan yang disediakan di Kemara STEM Lab, SK Dato’ Wan Kemara. - Foto ihsan SK Dato’ Wan Kemara




KUBANG PASU: Sebuah bas yang mahu dilupuskan, ditukar menjadi makmal sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) bagi kegunaan pelajar sebuah sekolah, di sini.

Itu antara inisiatif dilakukan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Wan Kemara, Changlun, membina makmal menggunakan bas selepas mendapati ruang sekolah itu agak terhad berikutan mempunyai murid seramai 1,360 orang.

Guru Besarnya, Mohd Nizam Saidin, berkata idea itu timbul selepas pihaknya mengetahui Universiti Utara Malaysia (UUM) mahu melupuskan bas lama sebelum pihaknya memohon mendapatkan bas itu secara percuma, Januari lalu.

"Permohonan kami diterima sebulan selepas itu, namun proses menunda menghadapi sedikit masalah apabila lori penunda tiba di pagar masuk kerana jalan sekolah agak sempit menyebabkan kenderaan itu tidak dapat masuk ke dalam sekolah.

Bas lama yang diubah suai menjadi makmal STEM di SK Dato’ Wan Kemara, Changlun, di sini. - Foto ihsan SK Dato’ Wan Kemara


"Guru kemudian beramai-ramai menolak bas masuk ke dalam sekolah sehingga pakaian basah berpeluh, namun semuanya dilakukan demi memastikan murid mendapat pendedahan STEM," katanya ketika dihubungi.

Mohd Nizam berkata, pihaknya tidak mengeluarkan sebarang kos bagi mengubah suai bas itu berikutan ia ditampung hasil jualan beberapa alat ganti bas yang masih dalam keadaan baik.

Katanya, seramai 26 guru kemudian bertungkus-lumus melakukan kerja ubah suai kenderaan itu sejak Februari lalu dan tugas dilakukan secara bergilir ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mohd Nizam berkata, selepas lapan bulan, makmal STEM yang dinamakan Kemara STEM Lab, berjaya dilengkapi pelbagai peralatan menarik bagi membentuk minda STEM dalam kalangan murid sekolah luar bandar.

Katanya, antara peralatan STEM berkenaan adalah teropong teroka alam, mikroskop, alatan pemacu interaktif, alatan sains uji minda serta alat lain yang mampu menguji minda murid prasekolah hingga Tahun Enam.

"Menjadi harapan saya agar makmal STEM ini akan melonjakkan semangat murid menceburi subjek STEM apabila di sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat tertinggi.

"Ia seiring dengan keperluan negara yang mahu melahirkan lebih ramai golongan profesional dalam bidang ini. Kami juga bercadang untuk membenarkan murid sekolah lain melawat makmal ini apabila waktu sesuai nanti," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.087232 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list