CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1231|Reply: 0

[Kedah] Proses agih benih padi dijangka selesai 4 November

[Copy link]
Post time 31-10-2021 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Proses agih benih padi dijangka selesai 4 November[size=0.8]Oleh Noorazura Abdul Rahman - Oktober 31, 2021 @ 3:23pm[email protected]


Pengerusi MADA, Ahmad Tarmizi Sulaiman (kiri) ketika melawat Kilang Benih Padi Seri Merbok, Simpang Empat di Alor Setar, Kedah, hari ini. - NSTP/NOORAZURA ABDUL RAHMAN



ALOR SETAR: Proses pengagihan benih padi sah (BPS) kepada pesawah yang membuat tempahan menerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), dijangka selesai pada 4 November ini.

Pengerusi MADA, Ahmad Tarmizi Sulaiman, berkata aktiviti pengedaran BPS kini sudah mencapai 86.4 peratus atau 102,644 beg sudah sampai kepada petani bagi penanaman musim 2/2021.

"Sehingga 27 Oktober, sebanyak 130,338 beg BPS dipesan pesawah melalui PPK MADA dan 118,813 atau 91 peratus beg BPS sudah diterima PPK. Jumlah pesanan diterima PPK hanya 20 peratus daripada keseluruhan keperluan BPS di kawasan MADA seluas 96,558 hektar yang memerlukan 13,518 tan atau 675,906 beg BPS.

"Dianggarkan sebanyak 80 peratus daripada jumlah keseluruhan keperluan BPS diperoleh dari pasaran terbuka seperti ejen dan kedai swasta," katanya selepas melawat Kilang Benih Padi Seri Merbok, Simpang Empat, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Badan Bertindak Petani MADA mendakwa sekali lagi berlaku kelewatan proses pengagihan benih padi kepada PPK sehingga menjejaskan jadual penanaman membabitkan lebih 50,000 pesawah di Kedah dan Perlis.

Ahmad Tarmizi berkata, MADA juga telah melaksanakan beberapa inisiatif dan tindakan-tindakan proaktif untuk memastikan aktiviti penanaman tidak tergendala, antaranya mengadakan beberapa siri mesyuarat dan perbincangan bersama pihak pengeluar BPS berkaitan.

Selain itu, katanya, perbincangan juga dibuat dengan agensi yang terbabit secara langsung dalam pengeluaran BPS seperti Jabatan Pertanian dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), iaitu pada 18 Ogos dan 17 Oktober lalu.

"MADA turut melaksanakan pemantauan berkala tiga peringkat pengeluaran BPS, iaitu peringkat pengeluar, pemborong, makmal Jabatan Pertanian dan di PPK sendiri," katanya menasihatkan pesawah membuat tempahan BPS menerusi PPK bagi mengelak menjadi mangsa manipulasi harga oleh pihak tidak bertanggunggjawab.

Katanya, harga runcit BPS ditetapkan adalah RM35 satu beg, namun pihaknya mengesan terdapat peruncit mengambil kesempatan menjual harga melebihi RM40.

"Kita kesal dengan apa yang berlaku, ada peruncit ambil kesempatan manipulasi harga ketika pesawah memerlukan benih untuk memulakan penanaman padi musim 2/2021. Benih yang mendapat permintaan tinggi daripada pesawah adalah variety MR297.

"Kita berharap pesawah yang membuat pesanan kepada PPK tidak menukar jenis pesanan pada saat akhir bagi mengelak kelewatan proses menabur benih seperti dijadualkan oleh MADA," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.073081 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list