CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1724|Reply: 0

Tanda kiamat besar

[Copy link]
Post time 30-10-2021 09:23 AM | Show all posts |Read mode
Tanda kiamat besar


SEMUA tanda kiamat akan terjadi dalam waktu yang singkat sebelum terjadinya kiamat.

Kiamat tidak akan terjadi sebelum tanda-tanda besar muncul selepas semua tanda-tanda kecil diperlihatkan kepada manusia akhir zaman. Terdapat beberapa tanda besar kiamat yang dinyatakan oleh Baginda Nabi SAW sebagai peringatan kepada umat Baginda.

Nabi SAW bersabda maksudnya: "Nabi SAW melihat ke arah kami ketika kami sedang berbincang. Baginda bersabda: "Apa yang kamu semua bincangkan?" Mereka menjawab: "Kami sedang berbincang tentang Hari Kiamat. Baginda bersabda: "Sesungguhnya Hari Kiamat itu tidak akan terjadi sehingga kamu melihat 10 tanda. Kemudian Baginda menyebut; asap, dajjal, binatang melata, terbitnya matahari dari tempat tengelamnya, turunnya Isa binti Maryam, Yakjuj dan Makjuj, gempa bumi yang melanda tiga iaitu di timur, di barat dan di tanah Arab. Dan yang terakhir daripadanya adalah api keluar dari Yaman, mengiringi sekalian manusia menuju ke tempat berkumpul mereka di padang Mahsyar." (Hadis Riwayat Muslim)

Pada hadis ini Baginda Nabi SAW memulakan gambaran berlakunya kiamat menerusi asap, dajjal, binatang melata, terbitnya matahari dari tempat terbenamnya, turunnya Isa AS, keluarnya golongan Yakjuj dan Makjuj, gempa yang melanda di kawasan timur, barat dan tanah Arab serta api yang keluar dari Yaman.

Pada hadis berikutnya, Nabi SAW bersabda maksudnya: Nabi SAW sedang berada di bilik tidurnya sedangkan kami berada di tempat yang paling rendah daripada Baginda. Kemudian Baginda menghampiri kami kemudian bertanya, "Apa yang kamu sedang bincangkan? Kami menjawab, "Hari Kiamat." Baginda bersabda: "Sesungguhnya Hari Kiamat itu tidak akan terjadi sehingga muncul 10 tanda: Gempa bumi di timur, barat dan Jazirah Arab, asap, dajjal, binatang melata, Yakjuj dan Makjuj, terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya (barat) dan api yang keluar dari Jurang Aden membawa manusia pergi." Syu'bah berkata: "Abdul Aziz bin Thufail, daripada Abu Sarihah, seperti itu, tanpa menyebut Nabi SAW. Salah satu daripada keduanya berkata tentang tanda yang kesepuluh: Turunnya Nabi Isa bin Maryam. Sedangkan yang lain berkata, Angin yang mencampakkan manusia ke lautan." (Hadis Riwayat Muslim)

Pada hadis ini pula, Baginda Nabi SAW memulakan dengan gempa bumi di timur, barat dan Jazirah Arab kemudian disusuli pula dengan asap, dajjal, binatang melata, Yakjuj dan Makjuj, terbitnya matahari dari tempat terbenamnya, dan api yang keluar dari Jurang Aden.

Pada hadis berikutnya, Nabi SAW bersabda maksudnya: "Kiamat tidak akan berlaku sehingga kamu melihat sepuluh tanda: terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya (barat), Yakjuj dan Makjuj, binatang, tiga gempa bumi iaitu di timur, di barat dan di Jazirah Arab, api yang keluar dari jurang Aden yang mengiringi dan mengumpul manusia kemudian dia bermalam bersama mereka di mana mereka bermalam, tidur siang  bersama mereka di mana sahaja mereka tidur siang…Dia menambah: Dajjal dan asap…yang kesepuluh angin yang akan melemparkan mereka ke lautan atau turunnya Isa bin Maryam." (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tarmizi ini pula, Baginda Nabi menjelaskan 10 tanda tersebut bermula dengan  terbitnya matahari dari barat, disusuli pula dengan Yakjuj dan Makjuj, binatang melata, tiga gempa bumi yang melanda di tiga tempat, api yang keluar dari jurang Aden, kemudian dajjal, asap dan turunnya Nabi Isa AS.

Berdasarkan tiga hadis di atas, terdapat perbezaan kemunculan tanda kiamat besar. Tanda-tanda kiamat besar disebut secara menyeluruh dan bukan berdasar bukti urutan (kronologi). Buktinya adalah ada tanda yang didahulukan pada satu hadis dan diakhirkan pada hadis yang lain.

Berdasarkan tanda-tanda kiamat besar tersebut, Syeikh Muhammad Ahmad al-Mubayad menyatakan urutan tanda-tanda kiamat besar adalah seperti berikut:

1. Gempa bumi di timur

2. Gempa bumi di barat

3. Gempa bumi di Jazirah Arab yang terjadi menjelang kemunculan al-Mahdi

4. Dajjal

5. Turunnya Nabi Isa bin Maryam

6. Yakjuj dan Makjuj

7. Terbitnya matahari dari arah tenggelamnya.

8. Binatang yang melata berbicara kepada manusia

9. Api yang keluar dari Jurang Aden atau angin yang akan mencampakkan manusia ke lautan.

Urutan ini adalah berdasarkan pandangan yang diperoleh hasil penelitian dan pengkajian terhadap dalil yang berkaitan. Walaubagaimanapun, terdapat satu tanda yang tidak dipastikan kedudukannya iaitu asap (dhukan). Pandangan daripada Syeikh al-Mubayad menyatakan dhukan akan keluar lebih awal dan mungkin menjadi tanda pertama kiamat besar. Mungkin juga akan keluar asap selepas berlaku gempa di timur, barat dan Jazirah Arab.

Tanda-tanda besar kiamat ini akan muncul berturutan satu persatu seperti manik yang jatuh dari rantai yang putus, jika yang pertama muncul iaitu kemunculan Imam Mahdi yang lain akan menyusul satu persatu.

Nabi SAW bersabda maksudnya:  "Keluarnya tanda-tanda Hari Kiamat itu adalah sebahagian demi sebahagian berturutan seperti rangkaian marjan yang dirangkai dengan tali." (Sahih al-Jami' Ash-Shaghir hadith)

Menurut pandangan Syeikh Yusuf al-Wabil urutan tanda kiamat besar ini akan bermula dengan setelah munculnya Al-Mahdi, kemudian dajjal. Isa bin Maryam akan turun bagi membunuh dajjal kemudian muncul pula Yakjuj dan Makjuj dan Nabi Isa berdoa kepada Allah SWT untuk membinasakan Yakjuj dan Makjuj. Nabi Isa berkata:  "Maka Rabbku SWT berjanji kepadaku bahawa apabila keadaan sudah demikian, maka kiamat itu bagaikan wanita yang hamil tua yang telah sempurna kandungannya dan keluarganya tidak mengetahui bilakah mereka akan dikejutkan oleh kelahiran anaknya, pada waktu malam atau siang." (Hadis Riwayat Ahmad)

Perkara ini menunjukkan betapa dekatnya Hari Kiamat itu setelah keluarnya tanda-tanda tersebut. Antara wafatnya Nabi Isa dan datangnya Hari Kiamat itu terdapat beberapa tanda yang besar seperti terbitnya matahari dari barat, keluarnya binatang dari perut bumi, asap dan keluarnya api mengiringi manusia. Semua tanda ini akan terjadi dalam waktu yang singkat sebelum terjadinya kiamat.

Justeru, perkhabaran tanda kiamat berdasarkan tidak lari daripada fenomena besar yang akan berlaku kelak. Oleh itu, perkhabaran tersebut berupa peringatan besar buat umat akhir zaman agar tidak leka dengan kesenangan berupa pangkat, harta dan keseronokan yang berpanjangan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/2021/10/771521/tanda-kiamat-besar

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 43345 Replies : 1687
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 49926 Replies : 1378
Air laut di Thailand penuh najis manusia
ultra78Air laut di Thailand penuh najis manusia
Views : 34062 Replies : 10
Nenek pun boleh....
maklukpenggodaNenek pun boleh....
Views : 10411 Replies : 16
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109476 Replies : 1139
Skandal 18 polis yang memalukan Indonesia
maklukpenggodaSkandal 18 polis yang memalukan Indonesi
Views : 94030 Replies : 48
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 30422 Replies : 52
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17926 Replies : 53

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.511649 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list