RASMI: Joachim (depan, empat kiri) semasa dalam program berkenaan.
RANAU: Adat-adat kampung di Sabah perlu diseragamkan serta didokumentasikan untuk kegunaan generasi akan datang.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, Program Pemerkasaan Adat Mahkamah Anak Negeri (MAN) Ranau penting bagi memperkasakan adat resam di Ranau.
“Sabah satu-satunya negeri di seluruh Malaysia yang mengamalkan Mahkamah Anak Negeri (MAN) yang diperkenalkan sejak zaman British lagi.
"Inilah keunikan kita di Sabah. Oleh itu, kita harus pertahankan sistem ini," katanya ketika merasmikan Program Pemerkasaan Adat Mahkamah Anak Negeri (MAN) Ranau bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang, kelmarin.
Program berkenaan disertai seramai 38 orang yang terdiri dari Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan ketua kampung dari tiga mukim iaitu Bundu Tuhan, Kundasang dan Perancangan.
Beliau juga mengingatkan semua ketua-ketua kampung yang hadir supaya menasihatkan penduduk dibawah jagaan mereka yang belum divaksin agar berbuat demikian untuk membantu mencegah penularan COVID-19.
utusanborneo.com.my/2021/10/22
|