CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 437|Reply: 1

[Sarawak] Lelaki pandu melulu dipenjara, denda RM7,000

[Copy link]
Post time 21-10-2021 11:23 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan, dan denda RM7,000 atau tujuh bulan penjara jika gagal membayar, oleh Mahkamah Majistret setelah didapati bersalah memandu secara melulu hingga menyebabkan seorang pejalan kaki maut.
   
Selain itu, mahkamah turut memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung selama tiga tahun.
   
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Md. Syafique Md. Hilmie setelah mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh di akhir perbicaraan kes.
   
Selain itu, mahkamah turut mengambil kira berat kesalahan yang dilakukan tertuduh, kepentingan awam dan laporan sosial tertuduh yang dikemukakan oleh pegawai penasihat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Miri.
   
Ezra Lawai Shep, 24, dari Ulong Palang, Bario didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.
   
Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun serta tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang dari RM5,000 serta tidak melebihi RM20,000. Manakala kesalahan yang dilakukan akan diendorskan dalam lesen memandu.
   
Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh sebagai pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan nombor pendaftaran QMP71xx, telah memandu kenderaan tersebut di atas jalan raya dalam keadaan melulu hingga melanggar seorang pejalan kaki, Hanry Jahani, 35, dari arah hadapan hingga menyebabkan mangsa maut.
   
Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 9.15 malam, 14 Oktober 2017 di Jalan Bario, Marudi.
   
Terdahulu di hadapan mahkamah, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Rishan Kumar Ragandaran memohon agar hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh memandangkan dia tidak menyesal dengan kesalahan yang dilakukan masalah bersikap sambil lewa semasa ditemu bual oleh pegawai JKM.
   
Malah katanya, pihak JKM tidak mencadangkan tertuduh dibebas dengan bon berkelakuan baik.
   
Sementara itu, peguam bela Roland Engan yang mewakili tertuduh merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan memandangkan ini adalah kesalahan pertamanya.
   
Tambahan semasa kejadian, anak guamnya baharu berusia 20 tahun dan tempat kejadian juga gelap selain tiada aturan trafik yang sah di jalan berkenaan.
   
Seramai 13 orang saksi yang terdiri daripada 11 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan telah dipanggil untuk memberi keterangan masing-masing sepanjang perbicaraan kes berlangsung.


utusanborneo.com.my/2021/10/21

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2021 11:34 AM | Show all posts
kalau kat kampung2 banyak jugak dengar cerita orang2 tua keluar awal pagi pergi kerja atau pergi pasar kene langgar dan meninggal
tapi sebab langgar lari dan masih gelap tak tau siapa yang langgar
jalan kampung memang kebanyakannya tak ada lampu jalan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.051838 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list