CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 346|Reply: 0

[Kedah] Program Penghijauan Malaysia: 17 juta pokok sudah ditanam

[Copy link]
Post time 17-10-2021 09:11 PM | Show all posts |Read mode
Program Penghijauan Malaysia: 17 juta pokok sudah ditanamOktober 17, 2021 @ 7:03pm


Takiyuddin menanam pokok sempena Program Penghijauan Malaysia bersama komuniti Kampung Chandek Kura, hari ini. - FOTO BERNAMA




LANGKAWI: Sebanyak 17 juta pokok pelbagai spesies sudah ditanam di seluruh negara bawah Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025, setakat ini.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya yakin sasaran untuk menanam 20 juta pokok pada 2021, akan tercapai menjelang hujung tahun ini.

Justeru, beliau berkata, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli menggalakkan semua pihak bersama rakyat untuk mengamalkan penanaman pokok daripada pelbagai spesies bagi mencapai matlamat kempen itu.

"Di Kedah hingga kini, kita telah berjaya menanam hampir 600,000 pokok melalui kempen itu," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan surat niat bagi inisiatif solar di Dermaga Tanjung Lembung, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kementeriannya juga menggalakkan setiap pemimpin dan wakil masyarakat untuk menjadikan aktiviti penanaman pokok sebagai gimik pada program mereka.

Terdahulu, Takiyuddin turut menyertai aktiviti penanaman pokok sempena kempen itu bersama komuniti Kampung Chandek Kura, Kedawang, di kawasan Kompartmen 1 Hutan Simpan Bukit Malut, di sini.

Pada program itu, sebanyak 1,000 pokok pelbagai spesies ditanam, termasuk Merbau, Petai, Kundang, Asam Gelugor dan pokok hutan, membabitkan kawasan seluas kira-kira tiga hektar.

Penanaman semula pokok itu bertujuan memulih dan menghijaukan semula kawasan berkenaan yang sebelum ini pernah diceroboh serta diterokai pihak tidak bertanggungjawab. – BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.074032 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list