Post Last Edit by hunt_fear at 29-7-2010 01:13
Tinta V
Sebuah nukilan penyambung kata, dari hati kedada kertas, merakam rasa, menterjemah jiwa, untuk tatapan kelian manusia. Dari pena tinta yang masih belum kering, Maka dipersembahkan tinta seharum kemboja buat Patriot Adnan bin Saidi.
Ini lakaran kata sebuah kronologi pertahanan terakhir.
Askar British kata: Pertahankan Singapura!!! Tempat terakhir sebelum Penjajah Tanah Ratu kalah sepenuhnya, Askar Melayu harus bersedia menentang Penjajah Matahari Terbit bersama-sama.
Lf Adnan kata: Biar putih tulang jangan putih mata, Biar kami usir mereka dari Pasir Panjang, Walau tiada peluru, boyonet kami hunus, Pertempuran jarak dekat tak pernah kami gentar, Kerana ini pertempuran hidup atau mati.
Catatan kata dari bukit candu: Ini tempat terakhir pertahanan, Kalah disini petanda berakhir perjuangan, Bom tangan, Lewis gun, senapang dan juga nyawa, Semua telah digunakan, Tanda.. tidak mampu lagi menyekat kemaraan Penjajah dari Timur. Akibat geramnya penjajah kamikaze itu atas semangat membaramu Lf Adnan, Jasad kaku mu diperlaku begitu kejam, Pertahanan terakhir telah kecundang.
Askar Jepun kata: Jika ada 10 orang seperti Lf Adnan, belum tentu mereka berjaya menawan Malaya, Lf Adnan satu dalam beribu. dan dari itu, Jepun terus megah tatkala berkumandang lagu Matahari Terbit di tanah Melayu.
Kata Tintaku: Semilir malam kuutus untuk membawa wangi seharum kemboja, Agar dapat kuhilangkan hanyir darah, Jalinan awan kutitip satu persatu, Agar dapat kujahit luka-luka, Ku kirim doa,ku utus fatihah, Agar kau tenang disana duhai Patriotku.
Hunt 1.00 ( 29 Julai2010-Khamis) |