|
War Leaders-Clash of Nations (RTS-Turnbase)
[Copy link]
|
|
Reply 20# Mawlay
Tima kasih juga sebab sudi jenguk kat benang nih. Kalo ada info terbaru sudi2lah kasi tepek kat sini ye. |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya. Hampir setahun aku menunggu budget baru PC desktop aku. Walau macam mana pun aku nak bagi review dr permainan yg dah aku main dalam beberapa hari sebelum nih.
Walaupun aku dah pernah cuba main tapi lappy aku tak beberapa mengizinkan. So selepas mendapat PC baru nih kaw2 aku main game nih sampai wife aku pun jeles. Ahaksss.....
Okeh apa yg aku boleh katakan disini game nih mmg agak unik. sbg permulaan aku bermula dgn mode normal. Agak mencabar juga sbb nak refresh balik pemahaman aku ttg game nih. Mmg game nih banyak problem lagi2 suka sgt crash tgh main dlm battle mode. selepas aku upgrade ram aku menjadi 4Gb problem tu jarang2 terjadi. Sbg permulaan aku bermain sbg negara Jepun ( sbb negara asia). Pada pendapat aku Jepun mempunyai armada angkatan laut yg agak besar juga selepas Amerika Syarikat. Bermula pada Januari 1939. Jepun sudah pun menakluki Manchuria dan Korea. Manakala China didalam map manager mode adalah sebuah negara yg kecil berbanding Rusia. Jadi aku berperang dgn Rusia. Mengasak dari sebelah timur dengan menjadikan Manchuria sbg pusat barisan hadapan. Didalam battle mode aku cuma mendapat kejayaan 'minor victory'. Apa tidaknya hampir 2/3 kekuatan tentera aku selepas battle mode terkorban. Kos untuk menguatkan semula setiap divisyen selepas berperang juga agak mahal dgn sumber kewangan yang agak terhad. Selepas study ttg AI game nih barulah aku dpt menggunakan kelebihan setiap unit yg ada semasa didalam battle mode.
Disini aku akan menjelaskan serba sedikit kelebihan dan kekurangan setiap unit. (Mgkin ada pembetulan dr pemahaman aku yg sebelumnya.)
Infantry:
Terbahagi kepada 7 upgrade unit. Elite troops, Komando, Sniper, Paratroops (payung terjun), anti-tanks infantry, MG-Gunner dan Mortar troops.
Regular infantry
Kelemahan: meriam, artilerry, kereta kebal dan kenderaan peninjau. Cepat mati apabila terkena bedilan bom dan tembakan MG-Gunnner.
Kekuatan : apabila sekumpulan infantry berjaya mendekati unit2 seperti diatas, unit ini akan menggunakan bom grenade untuk memusnahkannya. Maka taktik yg sesuai bagi unit ini ialah menyerang pantas dan mendekati unit2 musuh dan memusnahkannya dgn bom grenade.
Elite troops. (Upgrade unit dr regular infantry).
Lebih tahan lasak sedikit apabila terkena bedilan artillery. Pergerakan lebih pantas dari regular infantry.
Komando. (Upgrade unit dr regular infantry/elite troops).
Lasak sama seperti elite troops. Boleh melakukan ambush dgn menggunakan command 'hide' bergerak menyusup ke kawasan musuh secara senyap sehingga pihak musuh sedar kehadirannya.
Kelemahan: Apabila pihak musuh menyedari kehadirannya komando terdedah dgn serangan musuh.
Sniper. (Upgrade unit dr regular/elite troops).
-akan diupdate kemudian.
Paratroops. (Upgrade unit dr regular/elite troops)
-akan diupdate kemudian.
Anti tanks infantry. (upgrade dr regular/elite troops)
Kekuatan: Boleh menembak dan memusnahkan kereta kebal dr jarak jauh.
Kelemahan: Bedilan artilerry, tembakan infantry.
MG-Gunnner. (upgrade dr regular/elite troops)
Kekuatan: Memberi tembakan 'cover' semasa mara membuat serangan dan bertahan.
Kelemahan: Bedilan artilerry, tembakan infantry.
Mortar troops. (upgrade dr regular/elite troops)
kekuatan: memberikan kuasa bedilan sokongan ketika menyerang dan bertahan.
Kelemahan: Bedilan artilerry, tembakan infantry. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Untuk light vehicle seperti kenderaan peninjau. Ia biasanya dilengkapi dgn mesin gun dan amat bagus untuk mematahkan cubaan serangan dr pasukan infantry musuh. Kelebihan unit ini ialah sgt pantas. Biasanya aku gunakan kenderaan ini sebagai umpan.
Light tank.
Murah dan pantas bagi sebuah kereta kebal. Kelemahan adalah armornya yg biasa dan mudah musnah apabila terkena bedilan meriam artillery.
Medium tank.(upgrade dr light tank)
Armornya yg lebih tebal berbanding light tank. (lambat sikit rosak bila kena bedilan meriam/artillery)
Heavy tank. (upgrade dr light tank/medium tank)
mempunyai jarak tembakan yg sedikit jauh dr light dan medium tank. armor yg lebih tebal.
Tips: Setiap tank mmg sgt lemah apabila terkena bedilan meriam/artillery. jarak tembakan yg terhad menjadikan ia agak mustahil bagi satu pasukan kereta kebal untuk menyerang balas bedilan pasukan meriam/artillery musuh. ini kerana jarak bedilan meriam/artillery yg lebih jauh berbanding setiap jenis tanks. Pastikan semasa kemaraan kedudukan pasukan tanks diluar jarak bedilan meriam/artilerry.
Berhati-hati juga dgn jarak pasukan infantry musuh. Ini kerana apabila pasukan infantry musuh berada sgt hampir dgn pasukan tanks anda, pasukan infantry akan menggunakan bom grenade untuk memusnahkan setiap tanks anda. (inilah pembetulan yg aku nak buat nih. masa mula2 main dulu aku buat mcm red alert hantar suma dekat2 pasukan musuh. sekejap jer pasukan kereta kebal aku meletup-letap kena dgn infantry musuh.) dan juga jgn lupakan infantry anti tanks musuh. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jadi semasa di dalam battle mod setiap unit memainkan peranannya yg tersendiri selain saling menutup kelemahan antara satu sama lain. seperti contoh. Apabila pasukan tentera menyerang pasukan musuh. Sekiranya hanya tank sahaja yg digerakkan untuk mara menawan kedudukan pertahanan musuh ada mempunyai pasukan meriam anti-tanks/artillery semua tanks tersebut akan musnah dgn mudah.
Kebiasaannya aku akan menggunakan pasukan infantry sbg umpan supaya pasukan meriam/artillery musuh membedil ke tempat pasukan infantry aku berada. Sementara itu aku akan meletakkan pasukan tanks di sebelah rusuk kiri atau kanan ikut kesesuaian muka bumi medan peperangan. Pastikan pasukan infantry diiringi dgn paramedik. So mana2 infantry yg cedera mudah dirawat. Apabila perhatian pasukan musuh telah dialihkan, pasukan tanks akan menyerang hendap dengan pantas dan memusnahkan kubu pasukan musuh. Masalah lain yang mungkin berlaku ialah sekiranya pasukan musuh mempunyai banyak unit meriam/artillery dan kemaraan untuk menawan kedudukan pasukan musuh adalah mustahil. (Jgn pandang rendah dengan kuasa bedilan meriam anti tanks/artillery.) disini penting untung mendapatkan kuasa sokongan seperti pasukan pengebom udara ataupun kuasa bedilan dari angkatan tentera laut sekiranya kawasan pertempuran berdekatan dgn pantai).
Sekiranya kuasa sokongan serangan udara digunakan pastikan meriam anti-aircraft didalam pasukan musuh (flak cannon). Biasanya jika ada unit ini dalam pasukan musuh, aku akan musnahkan terlebih dahulu dgn menggunakan 'strategic bomber plane'. Kekurangan game nih unit fighter plane tak boleh tembak ke darat. Tugasnnya melindungi bomber plane ke kawasan medan sekiranya ada kehadiran pasukan fighter plane musuh.
Kuasa sokongan bedilan dari kapal laut pula agak kurang tepat. Nasiblah kalo kena target. so tak bioleh harap sgt 100%. Peperangan dilaut juga agak terbatas. Cuma resolve jer. So harap developer boleh kasi up lagi mode nih. senang citer lebih banyak kapal laut berperang di medan lagi senang nak menang. Cuma pastikan health kapal laut 100%. kalo tak sia2 jer kalah. Kapal laut punya kos mahal giler. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|