CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1762|Reply: 0

Peringatan kepada peniaga / usahawan internet...

[Copy link]
Post time 21-7-2010 07:12 PM | Show all posts |Read mode
Awas, peniaga internet boleh didakwa jika…

Anda menjalankan perniagaan internet tetapi tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)? Jika benar, anda fikir boleh selamat dengan terus berniaga tanpa berdaftar?

Jika itu tanggapan anda, perhatikan kenyataan terbaharu Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim, hari ini.

Menurut hmetro.com.my, dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan SSM.

Web berita itu yang memetik Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) melaporkan Rohani sebagai berkata, kesemua mereka dihadapkan di mahkamah mengikut Seksyen 12 (1) (a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda maksimum  RM50,000 atau penjara maksimum dua tahun.

“Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti mendaftarkan perniagaan mereka,” katanya kepada media  selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di Pulau Pinang, semalam.

Menurut beliau, tindakan undang-undang itu bertujuan melindungi pengguna daripada sebarang unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.

Menurut hmetro.com.my, Rohani berkata, kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia juga sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.

“Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Justeru, jika anda peniaga internet, jangan ambil mudah. Berdaftarlah dengan SSM dan berniagalah secara beretika tanpa sebarang bentuk penipuan. – inimajalah.com.

Bacaan lanjut di www.inimajalah.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 07:57 AM GMT+8 , Processed in 1.050897 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list