View: 3372|Reply: 14
|
Pergaduhan Makhluk Halus
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by jazim at 26-2-2010 11:24
Hamid seorang usahawan berjaya yang kini tinggal di bandar yang juga ibu negeri kepada negeri kelahirannya. Kerana mahu sentiasa dekat dengan kampung halamannya, lelaki berusia awal 40an itu memilih untuk menjalankan operasi syarikatnya dari bandar tersebut. Memandangkan jarak antara bandar tempat Hamid menetap dengan kampungnya hanya setengah jam perjalanan, Hamid kerap pulang ke kampung untuk menziarahi ibu-bapanya dan sanak saudara serta kawan-kawannya yang masih ramai tinggal di sana. Sebagai bekas nelayan, Hamid memang minat memancing dan itulah aktivitinya dengan rakan-rakan sekampung hampir setiap kali pulang bercuti.
Malam itu Hamid dan tiga orang kawan serta bapa saudaranya memancing di sungai yang merentasi kampung mereka. Nasib mereka agak baik kerana ada ikan yang meragut umpan pancing. Jam telah menunjukkan pukul 11.00 malam apabila kedengaran ada bunyi pelik di tebing seberang sungai, makin lama bunyi tersebut makin dekat dan ia apabila semakin dekat, ia kedengaran seperti suara orang bertengkar, tetapi dalam bahasa yang sungguh pelik dan asing kedengarannya di telinga Hamid dan rakan-rakan. Dalam suluhan cahaya bulan penuh, dapat mereka lihat kelibat beberapa lembaga hitam sedang berdiri di atas permukaan air dalam dua kumpulan dan saling berhadapan. Lembaga itu kelihatan menunjukkan isyarat yang marah antara satu sama lain. Suara mereka seakan-akan satu pertengkaran sedang tercetus dan setelah beberapa tengkingan serta jerkahan kedengaran, kedua-dua kumpulan lembaga hitam itu menyerang satu sama lain dan saling membelasah – tidak ubah seperti adegan pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap dalam filem-filem Hong Kong. Bagaikan terpukau, Hamid dan rakan-rakan hanya melihat aksi makhluk-makhluk halus itu bergasak tanpa mampu berkata-kata walaupun sepatah. Lama-kelamaan bayangan lembaga hitam yang bergaduh sesama sendiri itu mula lenyap dari pandangan dan suara kemarahan mereka juga beransur-ansur pudar.
Merasakan tidak sedap hati dengan apa yang berlaku, mereka memutuskan untuk pulang ke rumah bersama hasil tangkapan masing-masing. Dalam perjalanan, bapa saudara Hamid memberitahu bahawa di dalam dunia jin dan makhluk halus memang wujud permusuhan dan perkelahian seumpama itu, sama seperti dalam dunia manusia biasa. Ia satu pengalaman yang bukan sahaja luar biasa bagi Hamid, malah agak baru kerana walaupun pernah mengalami pelbagai perkara aneh semasa ke laut menangkap ikan sebelum menukar kerjaya, itulah pengalaman pertamanya melihat makhluk halus bergaduh sesama sendiri hingga menggunakan penumbuk dan sepak terajang! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
macam2.... |
|
|
|
|
|
|
|
dieorg pon gaduh tumbok2 ekk...dusyum...dusyummm....  |
|
|
|
|
|
|
|
....iiishhh sampai gituk skali bertumbuk ganasss...  |
|
|
|
|
|
|
|
boleh bayangkan mcm crita CROW ZERO tu..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
makhluk halus pon dah pandai gaduh tiru manusia da.. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahhaa.....sgt lawak tol mereka2 ini...{:2_70:} |
|
|
|
|
|
|
|
7# mas2882
dia slalu tgk manusia gado, then dia pun apply gak la kt kaum dia... |
|
|
|
|
|
|
|
igt antu ni gadoh sebab berebot kawasan la!geng2 kongsi gelap! |
|
|
|
|
|
|
|
ekekkeke....mesti hantu2 tu semua lawan mcm Ong Bak.... |
|
|
|
|
|
|
|
banyak sgt tgk WWE kot..ekekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Member aku pernah terserempak ngan makhluk2 nie bergaduh...
Member aku masa mula2 sampai KL, dpat keje Guard. Dia kene shift mlm, jaga satu bangunan 4 tinggal lot perniagaan ngan sorang lagi member dia (aku x kenal).
Pada mlm tu, (pagi dah kut).. dia kene ronda kat tingkat bumbung..member dia jaga kat pondok...
Sampai kat bumbung dia dengar bunyi bising... ngendap2 dia gi skodeng.... Laaa! Ada hantu 2 ekor tgh bergaduh... cepat2 dia call member dia ngan walkie talkie suh naik skali... Sempat gak la deme 2 org tu menyaksikan peristiwa itu sebelum hantu2 tu terbang gi bangunan sebelah plak... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rase dorang tak leh gune pawer pawer same sendiri...
mungkin takde efek.. tu la gune tumbuk terajang je...
haha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jin ni ada kaum2 mcm manusia juga..ada islam, ada hindu, ada budha..ada negeri, tanah jajahan..so, memang akan perang mcm manusia.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|