CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: cm_gagahperkasa

Bayar Zakat ke Bayar Hutang dulu?

[Copy link]
 Author| Post time 15-4-2010 02:29 PM | Show all posts
apa yg dimaksudkan ialah hutang Peribadi

so zakat dulu ke
atau bayar hutang pribadi dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2010 01:39 PM | Show all posts
nak tanya, wang graduiti @ wang epf yg diterima setelah pencen tu.. adakah sertamerta wajib keluarkan zakat semasa menerima jumlah tersebut? or adakah ianya tertakluk pd zakat wang simpanan (yg ada tempoh masa)? Coz duit tu je sumber pendapatan yg ada utk hari tua... so katalah, lepas terima, kita byr hutang, jumlah yg tinggal tu lak tak de le byk sgat eg dlm rm10-20 ribu... so cam ner tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2010 10:20 PM | Show all posts
Reply 42# happydot


   
bagus soalan ko tu kita tunggu yg arif menjawabnya

tapi pada akulah

lebih baik simpan duit tu dalam ASB lepas setahun

gunakan dividen dan bonus utk bayar hutang

so duit tu tak berkurnangan- selepas 5-10 tahun hutang selesai

duit dlm ASB pun ada.

tu pendapat akulah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 03:30 PM | Show all posts
org kalo hati dah hitam, syaitan dah hasut jangan keluarkan zakat, macam macam alasan yang dia akan bagi, hutang banyak la, tak dak duit la, yang hairan nya pakai keta besar, rumah ada astro, belanja bula2 macam anak raja, tiap2 tahun melancong sana sini, bila time nak bayar zakat, terus dengar hasutan syaitan, "settlekan hutang dulu baru bayar zakat", haaa elok la ikut perangai syaitan, seronok syaitan syaitan tu, sapa yang tak suka dengan ayat aku ni, dan cuba nak reka ayat lain untuk nak counter balik, cuba bayangkan yang syaitan sebenarnya sedang cover baik punya supaya cari alasan untuk tak bayar zakat dan senangkan hati org yang tak bayar zakat tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 03:03 PM | Show all posts
Reply 41# cm_gagahperkasa


    ape maksud hutang peribadi tu?personal loan?boleh check kat kalkulator zakat tu...bayar pun senang boleh potong gaji bulan bulan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 09:12 AM | Show all posts
hmy3: Kedua-duanya adalah penting...tetapi wajib zakat fitrah dulu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2010 06:50 AM | Show all posts
zakat fitrah adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah. Berdasar hadits dari Ibnu Umar r.a. ia berkata, “Rasulullah saw. telah memfardhukan (mewajibkan) zakat fitrah satu sha’ tamar atau satu sha’ gandum atas hamba sahaya, orang merdeka, baik laki-laki maupun perempuan, baik kecil maupun tua dari kalangan kaum Muslimin; dan beliau menyuruh agar dikeluarkan sebelum masyarakat pergi ke tempat shalat ‘Idul Fitri.”
(Muttafaqun ‘alaih : Fathul Bari III :367 no:1503, Muslim II: 277 no:279/984 dan 986, Tirmidzi II : 92 dan 93 no: 670 dan 672, ‘Aunul Ma’bud V:4-5 no: 1595 dan 1596, Nasa’i V:45, Ibnu Majah I: 584 no:1826 dan dalam Sunan Ibnu Majah ini tidak terdapat “WA AMARA BIHA…”).

manakala zakat pendapatan pula dikenali dengan istilah zakah rawatib al-muwazhaffin (zakat gaji pekerja) atau zakah kasb al-‘amal wa al-mihan al-hurrah (zakat hasil pekerjaan). [Yusuf Al-Qaradhawi, Fiqh az-Zakah, I/497; Wahbah az-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, II/865; Ali as-Salus, Mausu’ah al-Qadhaya al-Fiqhiyah al-Mu’ashirah, hal. 522; Al-Yazid Ar-Radhi, Zakah Rawatib Al-Muwazhaffin, hal. 17]

zakat pendapatan didefinisikan sebagai zakat yang dikenakan ke atas setiap pekerjaan atau bidang profesional tertentu, baik yang dilakukan secara persendirian ataupun secara bersama (syarikat/perkongsian), yang mendatangkan hasil pendapatan sehingga memenuhi syarat kadar nisab seperti profesion kedoktoran, juru runding, dekan, arkitek dan sebagainya. [Didin Hafidhuddin, Panduan Praktik Tentang Zakat, Infaq, Sedekah, hal. 103; Zakat dalam Perekonomian Moden, hal. 95]

menurut al-Qardhawi, nisab bagi zakat pendapatan adalah apabila ia mencapai nilai 85 gram emas (bersamaan 20 dinar emas) dan kadar zakat yang wajib dikeluarkan daripadanya adalah berjumlah 2.5%. Zakat pendapatan dikeluarkan terus apabila gaji diterima atau setelah dihitung untuk tempoh waktu tertentu. Contoh kiraan, jika seseorang mendapat gaji sebanyak RM5000 sebulan, maka dia boleh sama ada mengeluarkan zakatnya pada kadar 2.5% setiap bulan, atau menunaikannya sekaligus untuk bayaran setahun berjumlah 12 x 2.5% x RM5000. [Didin Hafidhuddin, ibid, hal. 104]

landasan fiqh (at-takyif al-fiqhi) zakat pendapatan ini menurut Al-Qardhawi adalah berdasarkan perbuatan (af'al) sahabat yang mengeluarkan zakat untuk al-maal al-mustafaad (harta perolehan). Al-maal al-mustafaad adalah setiap harta baru yang diperoleh oleh seseorang Muslim melalui salah satu cara pemilikan yang disyariatkan seperti pewarisan, hibah (hadiah), upah pekerjaan (gaji) dan yang seumpama dengannya. Al-Qardhawi mengambil pendapat sebahagian sahabat (seperti Ibnu Abbas dan Ibnu Mas’ud) dan sebahagian tabi’in (seperti Az-Zuhri, Hasan Basri dan Makhul) yang mengeluarkan zakat dari al-maal al-mustafaad ketika saat harta tersebut diterima, tanpa mensyaratkan haul (dimiliki atau disimpan selama satu tahun qamariyah). Bahkan al-Qardhawi melemahkan hadis yang mewajibkan haul bagi harta zakat, iaitu hadis daripada Ali bin Abi Thalib r.a., bahawa Nabi SAW bersabda, “Tidak ada zakat pada harta sehinggalah berlalu ke atasnya haul” [HR Abu Dawud][Yusuf Al-Qaradhawi, ibid., I/491-502; Wahbah az-Zuhaili, ibid., II/866]

Menurut pentarjihan kami, zakat pendapatan tidak mempunyai dalil yang kuat  yang boleh membuatkan hukumnya menjadi wajib. Hujah kami :

Pertama, dalil utama yang digunakan tentang zakat pendapatan adalah ijtihad sahabat mengenai al-maal al-mustafaad yang tidak mensyaratkan haul. Padahal ijtihad sahabat (mazhab al-sahabi) bukanlah dalil syariah yang kuat (mu’tabar). [Taqiyuddin an-Nabhani, al-Syakhsiyah al-Islamiyah, III/418]

Kedua, pendapat yang lebih kuat (rajih) mengenai al-maal al-mustafaad adalah pendapat jumhur ulama iaitu harta tersebut tidak wajib untuk dikeluarkan zakatnya sehinggalah memenuhi syarat berlalunya haul (dimiliki atau disimpan selama 12 bulan qamariyah). Inilah pendapat sahabat Abu Bakar, Umar, Utsman, dan Ali radiallahuanhum. Ini juga adalah pendapat Imam mazhab yang empat. [Al-Yazid Ar-Radhi, Zakah Rawatib Al-Muwazhaffin, hal.19; Wahbah az-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, II/866]

Ketiga, penilaian Al-Qardhawi yang mengatakan bahawa hadis tentang haul merupakan hadis lemah (dhaif) adalah tidak tepat. Al-Qardhawi sebenarnya mengikut pendapat Imam Ibnu Hazm yang melemahkan hadis haul daripada jalur periwayatan Ali bin Abi Thalib r.a, kerana dikatakan terdapat perawi bernama Jarir bin Hazim yang dianggap sebagai lemah. [Al-Qaradhawi, Fiqh az-Zakah, I/494; Ibnu Hazm, Al-Muhalla, VI/70]. Sedangkan  Ibnu Hazm telah pun membetulkan (ralat) penilaiannya dan mengakui bahawa Jarir bin Hazim adalah perawi hadis yang sahih. [Ibnu Hazm, Al-Muhalla, VI/74]

Kesimpulannya, zakat pendapatan adalah tidak wajib di dalam Islam kerana dalil-dalilnya adalah sangat lemah. Wang hasil pendapatan (gaji) adalah tidak sah untuk dikeluarkan zakat ketika ia menerima gaji tersebut. Sebaliknya wang lebihan daripada pendapatan tersebut perlu digabungkan terlebih dahulu dengan wang yang sudah dimiliki sebelum ini (simpanan). Setelah cukup syarat jumlahnya iaitu mencapai nisab dan berlalu haul ke atasnya, maka barulah ia wajib untuk dikeluarkan zakat pada kadar 2.5%. [Ali as-Salus, Mausu’ah al-Qadhaya al-Fiqhiyah al-Mu’ashirah, hal. 523].
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 02:22 PM | Show all posts
Dalam pembayaran zakat fitrah...
mereka yang sememangnya tidak mampu seperti kalangan fakir sbg contoh insan gelandangan yang tidak punyai sebarang pendapatan, atau mereka yg amat uzur dan tidak punyai pendapatan, TIDAK WAJIB, malah tergolong dlam kalangan asnaf.

Manakala mana satu patut didahulukan antara hutang dan zakat, para fuqaha berbahagi pendapat. sekurang2nya terdapat dua pendapat iaitu: -

1) wajib bayar hutang terlebih dahulu, barulah zakat. Ini disebabkan zakat adalah hak fakir miskin. Zakat tidak diwajibkan ke atas orang yang memiliki hutang kerana mereka berpendapat hak orang yang menerima hutang adalah lebih utama daripada hak orang miskin. Hutang perlu dilangsaikan dan akan dituntut serta menjadi penghalang masuk syurga. Ini berdasarkan hadis daripada Ali bin Abi Thalib r.a., bahawa Nabi SAW bersabda, “Tidak ada zakat pada harta sehinggalah berlalu ke atasnya haul” [HR Abu Dawud][Yusuf Al-Qaradhawi, ibid., I/491-502; Wahbah az-Zuhaili, ibid., II/866]


2) keluarkan zakat terlebih dahulu, barulah melangsaikan hutang. Ini disebabkan zakat ialah ibadah dan rukun Islam. Maka perlu mendahulukan kefardhuan tersebut. Zakat akan mengheret ke neraka seperti Qarun di zaman Nabi Musa a.s.

....Pendapat utama cara mengeluarkan zakat potongan bulanan.

1) Zakat dikeluarkan setelah cukup haul. maksudnya jika tahun 2013 dikenakan zakat sbnyk RM500.00, maka wang tersebut boleh dibayar berdikit2 dgn membuat potongan gaji, bukannya memotong gaji terlebih dahulu sprti potongan PCB, sedangkan PCB setelah terlebih bayar boleh dituntut, tetapi wang dibayar ke PPZ tidak boleh dituntut dgn alasan terlebih bayar. Malah digalakkan untuk mengiranya sbgi sedekah!

2) zakat pendatan/gaji boleh dikeluarkan pada setiap bulan spti PCB dgn beralasan ada lebihan pendapatan setelah ditolak dgn keperluan asasi. Menurut fiqh (at-takyif al-fiqhi) zakat pendapatan  Al-Qardhawi adalah berdasarkan perbuatan (af'al) sahabat yang mengeluarkan zakat untuk al-maal al-mustafaad (harta perolehan). Al-maal al-mustafaad adalah setiap harta baru yang diperoleh oleh seseorang Muslim melalui salah satu cara pemilikan yang disyariatkan seperti pewarisan, hibah (hadiah), upah pekerjaan (gaji) dan yang seumpama dengannya. Al-Qardhawi mengambil pendapat sebahagian sahabat (seperti Ibnu Abbas dan Ibnu Mas’ud) dan sebahagian tabi’in (seperti Az-Zuhri, Hasan Basri dan Makhul) yang mengeluarkan zakat dari al-maal al-mustafaad ketika saat harta tersebut diterima, tanpa mensyaratkan haul (dimiliki atau disimpan selama satu tahun qamariyah).

KESIMPULAN

1) Zakat dikeluarkan di atas lebihan harta bersih. Maka langsaikan hutang terlebih dahulu kerana terdapat hak pemiutang yang jelas ke atas penghutang. Sekiranya tidak segera melangsaikannya akan berlaku zalim pada pemiutang dan penghutang. Keluar daripada hutang itu lebih utama.

Dalam hal ini boleh menggunakan kaedah fiqh hutang perlu langsai tahun semasa dan hutang berjadual.

a. Hutang sekarang
Hutang jenis ini boleh mengurangkan jumlah nisab dan menggugurkan kewajiban berzakat. Contohnya Ahmad mempunyai wang simpanan sebanyak RM5,000.00 dan pernah berhutang daripada Ali sebanyak RM2,500.00. Ahmad tidak wajib mengeluarkan zakat simpanannya kerana setelah ditolak hutangnya baki simpananya ialah RM2,500.00 tidak mencukupi kadar nisab (diandaikan kadar nisab RM3,000.00)

Hutang bertangguh
Hutang bertangguh tidak menggugurkan kewajiban berzakat dalam tempoh waktunya (setelah cukup nisab dan haul). Contohnya Mohamad mempunyai simpanan sebanyak RM10,000.00 dan dalam masa yang sama ada membuat pinjaman perumahan daripada bank sebanyak RM50,000.00 dengan bayaran balik RM 400.00 sebulan
Hutang ini tidak mengurangkan jumlah simpanan yang ada. hutang tersebut dikira hutang akan datang dan tidak kira sebagai tangunggan semasa. Penolakan hanya boleh di buat atas bayaran bulanan bagi bulan terakhir dalam tempoh haul.

2) Boleh mengeluarkan sebahagian 2.5% daripada hasil pendapatan yg diterima secara potongan langsung sebagai zakat simpanan/pendapatan, kemudian barulah ditolak dengan hutang. Hal ini boleh berpegang kepada cukup haul atau sebaliknya, namun perlu cukup hisab iaitu 85gram. Sekiranya terlebih keluar bayaran, dikira sedekah.

Berkenaan zakat utk ibubapa.

Tidak ada istilah zakat kepada ibubapa kecuali sedekah, infak dan nafkah. Pemberian kepada ibubapa dikira sbgi berbuat baik kepada mereka, kecuali dlm hal2 mendesak perlu menanggung kehidupan mereka seperti ibubapa sudah uzur, mereka tiada pendapatan, maka anak perlu menanggung dan membela mereka.

Wang pemberian kepada ibubapa itu tidak boleh dikirakan zakat atau diniatkan zakat. Wang tersebut dikira perbelanjaan hangus yang boleh ditolak daripada wang pendapatan/simpanan, justeru akan mengurangkan jumlah wang pengeluaran zakat jika cukup hisab dan haul. Dalam hal ini, perbelanjaan tersebut bolehlah disamakan dengan perbelanjaan mengurus rumahtangga (nafkah) kepada isirumah - isteri, anak2, ibubapa dan sebagainya.

Perlu diingat, perbelanjaan utiliti seperti elektrik, air, rumah sewa/beli, kenderaan (tambang bas atau sewabeli kenderaan), maintanance, cukai pintu, cukai tanah, cukai jamban (indah water), yuran pendidikan, bil kesihatan, = adalah tanggungan wajib, nafkah dan dikecualikan daripada ZAKAT.
Wallahualam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.037985 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list