CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7805|Reply: 14

cerita rakyat/dongeng org melayu

[Copy link]
Post time 16-5-2009 01:51 AM | Show all posts |Read mode
sape2 ada teringat kisah dongeng org dulu2 cthnya PAK PANDIR,PAK KADOK , LEBAI MALANG, SI LUNCAI
dll lg.... aku x berapa ingat full story... ada sape2 blh tlg...


[ Last edited by  kj83 at 16-5-2009 02:03 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2009 01:58 AM | Show all posts
SI TANGGANG.
Kisah mengenai jangan menderhaka kepada ibu dan bapa. Kisah-kisah bercorak sedemikian seperti Nakoda Tanggang/Si Tenggang (Malaysia), Nakoda Malim Kundang (Minangkabau) dan Nakhoda Manis (Brunei); menunjukan si anak yang di jaga dari kecil tetapi menderhaka kepada ibubapanya. dan cerita ini mengajar supaya anak-anak zaman sekarang lebih hormat kepada ibubapa.


BAWANG PUTIH BAWANG MERAH


Bawang Putih Bawang Merah - menceritakan dua orang anak perempuan sama bapa dan berlainan ibu, Putih, anak perempuan yang bersikap lemah-lembut dan bersopan-santun kepada orang tua dan Merah, anak perempuan yang bersikap kurang ajar dan tiada sopan-santun. Cerita ini mengajar supaya anak-anak sekarang bersabar apabila menghadapi rintangan, lebih menghormati orang tua dan tidak tamakkan harta. Selain itu, cerita ini turut mengajar bahawa perbuatan jahat akan dibalas jahat.

[ Last edited by  kj83 at 16-5-2009 02:01 ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2009 02:07 AM | Show all posts
wat hapa??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2009 02:18 AM | Show all posts

Reply #3 budingyun's post

saje nak ingat blk... kdg2 cite2 rakyat ni ada pengajarannya....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2009 02:22 AM | Show all posts

Reply #4 kj83's post

pakcik google kan ada..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2009 02:22 AM | Show all posts
PAK KADOK...

Sebermula, maka adalah sebuah negeri bernama Cempaka Seri, rajanya bernama Indera Sari. Maka baginda itu cukup lengkap seperti adap istiadat kerajaan yang lain-lain juga, akan tetapi ada pun tabiat baginda itu terlalulah suka menyombong dan berjudi, sehingga menjadi suatu amalan pada baginda itu.  habislah sekalian rakyat seisi negeri itu menjadi  leka dengan berjudi juga pada setiap masa tiada sekali-kali mengambil bena kepada mendirikan syariat Nabi Sallallahu alaihi wasalam kerana raja-raja dan orang besar-besarnya terlalu amat suka mengerjakan pekerjaan maksiat itu.

Maka adalah pula seorang tua sedang pertengahan umur namanya Pak Kadok, tinggal ditepi sungai ujung negeri itu juga. Ada pun akan Pak Kadok ini terlalu dungu serta dengan tololnya. Maka adalah kepada suatu hari Pak Kadok berkata kepada isterinya, aku ini mak Siti ingin pula rasanya hendak pergi menyambung kegelanggang baginda itu kerana terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyambung beramai-ramai di situ.

Mari kita sambung ayam biring Si Kunani kita itu, kerana ayam itu pada petuanya terlalu bertuah. Boleh kita taruhkan kampung kita kepada baginda. Kalau menang kita tentulah kita mendapat duit baginda itu.

Maka ujar isteri Pak Kadok, jikalau begitu baiklah, pergilah awak menyambung, bawa ayam kita itu.

Maka sahut Pak Kadok, jahitkanlah baju dan seluar aku dahulu dari kertas yang baru kubeli ini. Lekaslah menjahitnya.

Maka kata isterinya, bagaimana awak hendak membuatkan baju dan seluar ini. Jikalau dipakai kelak tentulah carik bertelanjang tengah gelanggang sambungan itu. Bukankah awak malu besar?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-5-2009 02:24 AM | Show all posts
Ujar Pak Kadok, tiada mengapa. Buatkan juga lekas-lekas aku hendak pergi.

Setelah itu isteri Pak Kadok pun segeralah mengambil gunting lalu mengguntingkan seluar dan baju itu dengan tiada berdaya lagi.

Maka kata Pak Kadok, usahlah di jahit, pelekat sahajalah supaya cepat.

Serta lepas digunting oleh isterinya itu dengan sesungguhnya dilekatlah olehnya. Apabila sudah, lalu diberikan kepada Pak Kadok, maka ia pun segeralah memakai pakaiannya sedondon iaitu berbunga tanjung, merah, kuning, hitam dan putih, terlalu hebat rupanya, tambahan pula berkena tengkolok helang menyongsong angin. Apatah lagi tampaknya

Pak Kadok seperti juara yang maha faham pada sambung menyambung. Setelah sudah bersedia sekaliannya, Pak Kadok pun lalu turun menangkap ayamnya biring Si Kunani itu, serta dengan tabung tajinya, lalu berjalan menuju kegelanggang baginda itu. Selang tiada berapa lamanya, ia pun sampailah ketengah medan menyambung itu.

Sehingga setelah dilihat oleh baginda akan Pak Kadok datang itu, maka dikenallah oleh baginda seraya bertitah, Hai Pak Kadok, apa khabar? Menyambungkah kita?

Maka sembah Pak Kadok pun segeralah menyembahkan ayamnya itu lalu disambutkan oleh baginda serta diamat-amati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2009 02:25 AM | Show all posts
Diketahuilah oleh baginda tersangat bertuah ayam Pak Kadok itu. Maka titah baginda, Hai Pak Kadok, mari kita bertukar ayam. Ambillah ayam beta ini, elok, cuba lihat romannya jalak putih mata, dan ayam Pak Kadok biring Si Kunani sahaja tiada berapa tuahnya.

Setelah didengar oleh Pak Kadok akan titah baginda menggula dirinya itu, percayalah ia. Maka sembahnya Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, jikalau sudah dengan titah duli yang maha mulia, relalah patik, seperti titah itu sedia terjunjung di atas jemala ubun-ubun patik.

Pada akhirnya lalu bertukarlah keduanya akan ayam masing-masing. Maka sangatlah sukacita baginda beroleh ayam Pak Padok itu.

Maka baginda pun bertitah kepada juara-juaranya menyuruh bulang ayam itu. Maka Tok Juara tua pun lalulah membulang balung ayam biring Si Kunani yang bertukar dengan pak Kadok itu mengenakan taji bentok alang serta dengan berbagai-bagai isyarat dan petuanya. Maka Pak Kadok pun segeralah membulang ayamnya bertukar dengan baginda itu, iaitu tuntung tajinya dihalakan kehadapan dan putingnya kebelakang.

Maka titah baginda, Hai Pak Kadok, apakah taruhnya kita menyambung ayam ini? Soronglah dahulu supaya beta lihat.

Maka sembah Pak Kadok, Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, patek ini tiada harta apa harta yang ada, hanya kampong sebuah itu sahaja. Jikalau ada ampun dan kurnia kebawah dulu Tuanku, kampong itulah patik gadaikan kebawah duli Tuanku menjadi tanggungan memohonkan berhutang kadar lima puluh rial.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2009 02:27 AM | Show all posts
Lalu dikurniakan oleh baginda wang yang sebanyak permintaan Pak Kadok itu kepada dengan memegang gadaian kampung itu. Telah sudah, baginda pun menyorongkan taruhnya lima puluh rial juga, jumlahnya seratus rial. Maka serta sudah, baginda pun mengajak Pak Kadok melepaskan ayam masing-masing. Sembah Pak Kadok, silakanlah Tuanku.

Maka baginda pun lalulah menguja-uja ayam keduanya itu. Maka naiklah bengis keduanya, serta meremang bulu suak ditengkuknya, lalulah bersama-sama melepaskan ayam masing-masing. Maka ayam biring Si Kunani pun datanglah menggelepur ayam jalak. Dan Si Jalak pun segeralah membalas pula, tetapi kasihan,sungguh pun Si Jalak membalas, percuma saja kerana tajinya dibulang oleh Pak Kadok, juara tuntungnya kehadapan dan putingnya kebelakang. Jadinya bila Si Jalak membalas itu tertikamlah pada dadanya sendiri lalu tersungkur menggelupur ditengah gelanggang itu, kerana dua liang sudah lukanya sekali terkena tikam oleh taji Si Biring dan sekali ditikam oleh tajinya sendiri.

Setelah Pak Kadok melihatkan ayam jalak sudah mati dan Si Biring itu menang maka ia pun lupalah akan hal ia telah bertukar dengan baginda tadi. Wah apatah lagi ia pun tiadalah sedarkan dirinya seraya bertepuk tangan dan bersorak serta melompat-lompat lalu menyerukan tuah ayamya itu. Maka oleh tersangat bertepuk dan melompat itu, habislah pecah bercarik-carik seluar dan baju kertasnya itu, bercabiran berterbangan oleh angin berkeping-keping kesana kemari bercampang-camping. Maka Pak Kadok pun tinggallah berdiri ditengah khalayak yang banyak itu dengan bertelanjang bogel sahaja.

Hatta demi dilihat oleh baginda dengan sekalian orang besar-besar dan rakyat, tentera hina dina sekalian akan hal Pak Kadok ini, semuanya tertawa serta bertepuk tangan dengan tempek soraknya kesukaan melihat temasya Pak Kadok itu. Demikian juga baginda pun tertawa bersama-sama.

Maka ada pun akan Pak Kadok, demi ia melihat sekalian mereka itu habis tertawa, ia pun tercengang pula kerana pada sangkanya mereka itu menumpang kesukaan dirinya itu.

Kemudian apabila ia menoleh kepada tubuhnya, barulah diketahuinya akan dirinya bertelanjang bulat itu. Aduhai! Malunya yang amat sangat lalu ia berkerja lari dengan bersungguh-sungguh hati, lansung pulang ke rumahnya. Maka baginda pun berseru dengan nyaring suaranya. Inilah malang Pak Kadok, ayamnya menang, kampung tergadai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2009 02:29 AM | Show all posts
Originally posted by budingyun at 16-5-2009 02:22
pakcik google kan ada..


tgh mengooglelah nie...
tadi x teringat
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2009 02:33 AM | Show all posts

Reply #10 kj83's post

ceh..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2009 10:15 AM | Show all posts
citer pak kaduk tu mcm x logik je.. pd pendapat aku citer tu more like pukul anak sindir menantu..

kenapa aku ckp cmtu? 1st skali, dlm cerita rakyat tu pak kaduk org nye dungu, bebal, bengap dan segala mcm kebodohan la senang ckp.. tp leh plak dia ade tanah sekampung.. klu pk kn logik, unless dia tuan tanah, mesti dia penghulu/ketua kpg sbb leh suka2 je judikn tanah 1 kampung.. tp xkn la org kpg tu 10x lg bengap sbb pilih ketua kpg mcm pak kaduk ni kn?

pemahaman aku psl citer pak kadok ni senang je, dlm pada duk citer kebengapan dan kebodohan pak kaduk. at same time dia bgtau ape kan jd bila org yg berkuasa salah guna kn hak sebgai pemerintah. as rakyat biasa lawan pemerintah kira mcm timun lwn dgn durian la..pusing kot mana pun timun jgk yg bersepai..

end up, pak kaduk la jgk jd manusia hina.. dah tu lumrah alam agk nye..ape2 pun "JUDI ITU HARAM"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2009 11:39 AM | Show all posts
LEBAI MALANG

    Lebai Malang menerima undangan menghadiri tiga majlis kenduri yang berlainan pada hari yang sama. Sebelum membuat keputusan untuk menghadiri majlis, Lebai Malang berfikir tentang habuan yang akan diterima. Jika dia menziarahi jenazah, dia akan menerima sedekah kain putih dan tikar. Jika ke majlis khatam, dia akan dijamu makanan dan diberi sedekah, manakala jika ke kenduri maulud, dia akan dijamu makan lempeng penganan. Lebai Malang pergi menziarahi jenazah dahulu. Malang menimpa apabila Lebai Malang lewat sampai di ketiga-tiga kenduri tersebut. Dia hanya mendapat sebungkus penganan di majlis maulud. Lebai Malang teringat akan nira kabungnya lalu menyangkut lempeng pada sigai dan memanjat kabung. Lempengnya dilarikan anjing lalu dia mengejar. Baju yang disumbat pada lubang telah hilang. Dia pulang berbogel dan dimarahi isterinya.



Sikap tamak akan membawa kerugian.

    Akibat sikap tamat Lebai Malang kerana memikirkan tentang habuan yang akan diperolehi, dia terlewat sampai ke semua tempat dan hanya mendapat sebungkus penganan sahaja di majlis maulud.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2009 11:41 AM | Show all posts
cerita2 rakyat yg semakin dilupakan.......
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2009 01:01 PM | Show all posts

Reply #1 kj83's post

Dah adalah semua tu kat thread http://forum.cari.com.my/viewthr ... ght=cerita%2Brakyat .
Lain kali rajin2lah search dulu sebelum buka thread baru. Mod tolong mergekan jerla.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.080803 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list