View: 13899|Reply: 19
|
Menyusuri kejayaan Mutiara Motor
[Copy link]
|
|
[email protected]
JOHOR BAHRU 11 Mei - Sesiapa yang melalui Jalan Tebrau menuju kepusat bandar raya pastinya tidak lepas memandang bangunan MutiaraMotors Sdn. Bhd. yang tersergam indah di kiri jalan.
Ia bertambah menarik apabila bangunan setinggi lima tingkat yangmenjadi satu mercu tanda itu, terdapat sebuah kereta mewah di atasbumbungnya.
Dilihat daripada bangunan dan simbolik kereta di bumbungnya, barangkali maksud yang disampaikan kepada orang ramai bahawa jerih peritkejayaan yang diraih Mutiara Motors membuktikan orang Melayu bolehberjaya dalam perniagaan automotif yang kebiasaannya dimonopoliusahawan kaum lain.
Selain bangunan itu, Mutiara Motors turut memiliki sebuah pusatjualan Toyota di Plentong, di sini, sebagai kejayaan hebat yangberterusan pengasas dan pemiliknya, Datuk Ahmad Kemin dalam perniagaanautomotif sejak 27 tahun lalu.
Hari ini, Ahmad yang juga pengasas dan Pengerusi Eksekutif MutiaraMotors sudah pasti berbangga dengan kejayaan yang tidak pernahdiimpikannya. Beliau telah berjaya melebarkan empayar perniagaannyaapabila sebuah ibu pejabat baru syarikat itu mula beroperasi Sabtu lalu.
Bangunan lima tingkat bernilai RM26 juta yang terletak dipersimpangan Jalan Datin Halimah dan Jalan Cenderawasih di Larkin itudapat menempatkan sebanyak 200 kenderaan di ruang pamerannya yangseluas dua tingkat.
Berkeluasan 0.5 hektar, bangunan itu juga berfungsi sebagai pusatpenyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memajukan produk alat gantikenderaan serta minyak kegunaan pelbagai jenis enjin berkuasa sederhanadan tinggi.
''Bangunan baru ini mampu memberi ruang selesa kepada pelanggankerana selain ruang pameran, ia turut dilengkapkan dengan kemudahanpusat 3S iaitu jualan, servis dan alat ganti bagi memudahkan pelanggankami menerima khidmat terbaik daripada Mutiara Motors.
''Kami juga akan terus mengamalkan budaya kerja orang Jepun yangterbukti berkesan apabila menyumbang kepada kejayaan syarikat denganmenyediakan layanan bertaraf lima bintang kepada pengunjung walaupunmereka hanya datang ke bilik pameran semata-mata untuk melihat kereta,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau kerja-kerjaakhir pembinaan ibu pejabat baru itu, di sini baru-baru ini.
Ketika ini, Mutiara Motors merupakan pemegang permit import (AP) dan juga wakil pengedar kereta Toyota.
Ahmad berkata, ibu pejabat baru itu dijangka dapat meningkatkanpertumbuhan perniagaan syarikatnya melebihi 50 peratus pada masa akandatang.
Katanya, dua buah bangunan terdahulu iaitu bangunan lima tingkat diJalan Tebrau yang juga ibu pejabat pusat jualan serta sebuah pusatjualan Toyota di Plentong akan dijadikan pejabat cawangan syarikat.
''Bangunan baru ini juga akan menjadi pusat penyelidikan danpembangunan (R&D) bagi minyak enjin M7 yang mendapat sambutan bukansahaja di Malaysia malah di Singapura, Brunei dan Indonesia.
''Selain itu, ia turut menjadi pusat sehenti yang akan turut mempunyai kafe berkonsepkan al-fresco yang dilengkapi kemudahan WiFi untuk para pelanggan," katanya.
Mutiara Motors kini turut memiliki anak syarikat lain sepertiMutiara Motors Performance Products Sdn. Bhd., Mutiara Motors ResortSdn. Bhd., Mutiara Motorsports Sdn. Bhd. dan M7 Motorsports Sdn. Bhd. |
|
|
|
|
|
|
|
Kakitangan berkelulusan rendah lebih komited
AHMAD Kemin bergaya dengan kereta mewah yang berada dalam bilik pameran di ibu pejabat baru Mutiara Motors di Larkin, Johor Bahru, baru-baru ini.
JOHOR BAHRU 11 Mei - Bagi kakitangan yang bekerja di Mutiara Motors Sdn. Bhd., penubuhan syarikat perniagaan kereta mewah import itu memberi pengertian yang cukup besar.
Lebih-lebih lagi kakitangan yang tidak memiliki pendidikan tinggi dan setakat berkelulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Ahmad Kemin, 62, berkata, keputusan mengambil kakitangan yang hanya memiliki pendidikan rendah didorong oleh keyakinan yang kuat terhadap mereka.
Katanya, ini kerana kakitangan yang memiliki pendidikan tinggi gemar bertukar kerja selepas setahun dua berkhidmat di Mutiara Motors untuk mengejar gaji yang lebih besar.
Katanya, senario itu berbeza dengan mereka yang memiliki kelulusan rendah yang sedia berkhidmat penuh komited dan tidak melompat kerja.
''Saya menganggap kakitangan seperti keluarga sendiri dan mereka perlu dihargai. Ada kakitangan yang berkelulusan SRP pernah mendapat kenaikan gaji hingga RM300 setahun. Ada juga yang menikmati kenaikan gaji dua kali setahun.
''Pernah ada yang menolak kenaikan gaji yang tinggi kerana beranggapan terlalu besar dan tidak setimpal dengan tanggungjawab mereka.
''Apa yang penting, saya mengutamakan penghargaan kepada pekerja yang rajin dan kenaikan gaji tidak akan diberikan kepada mereka yang malas," katanya di sini baru-baru ini.
Katanya, beliau mempunyai cara tersendiri memantau prestasi kakitangan hampir 200 orang itu termasuk menggunakan unit kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di dalam pejabatnya.
Ahmad yang merupakan bekas pekerja biasa di Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini berkata, konsep syarikat itu adalah berbeza dengan syarikat lain kerana tidak melaksanakan bayaran gaji lebihan masa sebaliknya memperuntukkan elaun khas seperti kehadiran awal dan pulang lewat.
Jelasnya, elaun khas itu adalah lebih menguntungkan semua kakitangan untuk dinikmati berbanding bayaran gaji lebihan masa yang merugikan kakitangan yang memiliki gaji asas rendah.
''Kita tidak pernah memaksa kakitangan untuk datang awal dan pulang lambat semata-mata elaun khas itu. Ia adalah secara sukarela kepada kakitangan yang rajin dan syarikat sebenarnya ingin menerapkan semangat bekerja tinggi di kalangan mereka.
''Itu sebab terdapat kakitangan yang telah berhenti, datang kembali dan merayu untuk bekerja semula di sini. Namun polisi syarikat tidak mengamalkan prosedur untuk menerima bekas kakitangan kami," katanya.
Barangkali ramai yang tidak mengetahui bahawa Mutiara Motors mungkin adalah satu-satunya syarikat di Malaysia yang menyediakan makanan tengah hari percuma kepada kakitangannya sejak lima tahun lalu.
Menariknya, kakitangan syarikatnya pula terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India, yang menjadi pekerja sokongan atau tenaga pakar.
Mengimbas sejarah kehidupan usahawan Melayu yang dianggap paling berjaya di negeri ini, Ahmad lahir dalam keluarga yang sederhana dan dijaga oleh kakak setelah pemergian ibunya pada usia 12 tahun.
Beliau pernah melakukan pelbagai kerja semata-mata untuk mencari wang tambahan seperti bekerja di kilang tali, menjual air batu di kawasan perumahan dan berniaga kecil-kecilan di pasaran malam.
Ahmad memulakan syarikat Mutiara Motors pada bulan Disember 1982 dengan modal awal sebanyak RM8,000 yang dikongsi bersama empat rakan niaga ketika itu.
Bagaimanapun perniagaan syarikat menjunam pada tahun 1985 akibat kegawatan ekonomi dan mereka menanggung tanggungan hutang RM150,000, satu angka yang begitu besar bagi sebuah perniagaan kecil.
Dengan sokongan isterinya, Datin Ramlah Mohamed yang berhempas-pulas mencari dana daripada sanak-saudara dan pinjaman sebanyak RM60,000 daripada seorang rakan, Ahmad menghidupkan semula Mutiara Motors pada tahun 1987 dengan Ramlah sebagai rakan kongsi setelah empat rakannya menarik diri.
Namun seperti kebanyakan usahawan lain, beliau turut mengalami kesukaran semasa krisis ekonomi tahun 1985 dan tahun 1997.
Ditanya prinsip hidup hingga menjadikannya dirinya luar biasa pada hari ini, Ahmad berkata, apa yang menjadi amalan beliau selama ini ialah jujur dan rendah diri.
Katanya, ringkas tetapi bermakna; "Jangan terlalu tamak dalam mengejar keuntungan tinggi dalam perniagaan." |
|
|
|
|
|
|
|
penyo naper tak masuk CI?
yup...anak dia yg kawin dgn artis tu |
|
|
|
|
|
|
|
tak silap aku mutiara ni jugak pernah support satu team lumba kereta kat jepun....lupa plak apa nama erk? |
|
|
|
|
|
|
|
perghh.. encik ahmad kemin ni ada anak dara yg available takk?? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #10 takumi86\ catat
XDER... ko tgu cucu dia jelah |
|
|
|
|
|
|
|
Mutiara Motor Dah Beli Tuner Trust/Greddy terus jadi Jenama M7 |
|
|
|
|
|
|
|
fuhhh..takde sapa nak beli Ralliart ker??Hari nie last day kerja kot... |
|
|
|
|
|
|
|
....contoh...melayu berjaya bidang permotoran...syabas |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by HangPC2 at 31-3-2010 11:34
Ralliart Kepunyaan MMC (Sport Division) |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya, elaun khas tu camne? |
|
|
|
|
|
|
|
....contoh...melayu berjaya bidang permotoran...syabas
mycos79 Post at 31-3-2010 08:53
cuba tanya jawatan dia dlm UMNO...
kalau PAS .. sorry la
setakat berjaya sebab kroni UMNO...
prrrtfhhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|