CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4257|Reply: 10

'Memperlakukan' isteri secara ganas & melampau - penjara, rotan menanti

[Copy link]
Post time 25-4-2009 05:54 PM | Show all posts |Read mode
Padah nafsu binatang  
Oleh Zaitie Satibi


  

KUANTAN: Seorang mekanik yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sinisemalam atas dua tuduhan melakukan seks ganas ke atas isterinya,terpaksa meringkuk dalam penjara apabila tidak dibenarkan ikat jamin kerana dikhuatiri akan mengulang perbuatannya itu.

Hakim Hassan Ghani membuat keputusan itu berikutan tertuduh, Khairulhisam Abdul Khalid, 34, tinggal serumah dengan mangsa selain pasangan terbabit mempunyai seorang anak perempuan berusia lapan tahun.

Tertuduhyang memakai jeans biru dan baju-T putih didakwa melakukan seks ganas iaitu memukul, menampar dan menyepak seluruh anggota badan serta meliwat isterinya ketika melakukan persetubuhan.

Difahamkan,ketika kejadian mangsa sedang membasuh pakaian dalam bilik air apabila tiba-tiba dia ditarik keluar suaminya yang mengheret dia ke bilik tidur untuk melakukan hubungan seks.

Mangsa yang tidak tahan selepas cedera teruk akibat dipukul, ditampar dan disepak suami yang menyebabkan seluruh badannya bengkak,lebam dan calar kemudian mengadu kepada keluarganya.

Keluarganya menasihatkan mangsa membuat laporan polis kerana kejadian itu dikatakan bukan kali pertama berlaku dalam tempoh sembilan tahun perkahwinan mereka.

Mengikut pertuduhan pertama,Khairulhisam didakwa melakukan serangan seksual terhadap isterinya berusia 33 tahun hingga menyebabkan kecederaan di rumah mereka di Taman Kampung Padang Jaya di sini, jam 3.15 petang, 19 April lalu.

Dia yang kelihatan gelisah berdiri dalam kandang tertuduh didakwa mengikut 375 A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan hubungan seks dan aktiviti seksual tidak diingini pasangan apabila meliwat isterinya lima minit selepas melakukan kesalahan pertama.

Tuduhan mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

Disebabkan tertuduh sengaja mendatangkan kecederaan ketika melakukan persetubuhan dengan isterinya, selain melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kehendak wanita itu, Timbalan Pendakwaraya, LawChin How membantah ikat jamin kerana bimbang keselamatan mangsa.

Khairulhisam cuba membuat rayuan membenarkan diikat jamin dengan memberi alasan dia tidak dapat menahan gelora nafsu ketika kesalahan dilakukan selain mendakwa wanita itu isterinya sendiri.

Bagaimanapun, Hassan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin hingga kesdibicarakan pada 3 Ogos ini kerana dikhuatiri dia akan mengulang perbuatan itu terhadap isterinya itu

[ Last edited by  Syd at 25-4-2009 18:13 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2009 05:59 PM | Show all posts
Rogol isteri dipenjara 10 tahun, 4 kali sebatan



Zainal Muda.  

KUALA TERENGGANU 17 Jun
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 06:00 PM | Show all posts

Balas #1 Syd\ catat

hahahahah...BD*M siottt.....GILA ka hapa..sex maniac ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2009 06:01 PM | Show all posts
Halang keganasan suami
Oleh NORAZLITA MOHD. SIES (WARTAWAN UTUSAN)

MESKIPUN hubungan seks dalam institusi perkahwinan suatu yang sah lagi halal namun ada kalanya pasangan tersasar jauh hingga meninggalkan nilai kasih sayang yang sebenar.

Dalam usia perkahwinan yang agak lama, tidak dapat dinafikan ada kalanya kasih sayang pasangan semakin pudar dan terhakis mungkin disebabkan gangguan beberapa faktor dalaman mahupun luaran.

Walhal kasih sayang, kelembutan, belaian antara suami isteri sepatutnya berterusan dan perlu sentiasa digilap demi menjamin kelangsungan dalam sebuah perhubungan.

Masalah kerenggangan hubungan suami isteri, tanpa disedari akan memberikan impak yang mendalam termasuklah mengganggu hubungan seksual yang harmoni dan seterusnya bakal menjejaskan kewujudan sebuah keluarga yang bahagia.

Apa yang terpancar setelah melayari kehidupan berumah tangga bersama, situasi telah pun berubah. Perasaan cinta dan sayang antara mereka semakin terhakis sehingga mewujudkan jurang yang amat ketara.

Pelbagai cara dan gaya ditunjukkan termasuklah menyakiti, memukul, mendera mental dan fizikal pasangan sehinggakan pihak yang lemah terpaksa mendapatkan perlindungan walaupun mereka pada awalnya enggan berbuat demikian demi menjaga maruah serta kepentingan bersama.

Melihatkan kesan kerenggangan hubungan suami isteri, penggubal undang-undang memikirkan ada perlunya mereka membuat pembahagian baru yang lebih spesifik berhubung definisi rogol di dalam Kanun Keseksaan agar lebih jelas lagi bersistematik.

Lantaran itu, Parlimen meluluskan satu seksyen baru iaitu Seksyen 375A Kanun Keseksaan yang kini telah diwartakan iaitu suami mendatangkan kecederaan dalam usaha mendapatkan hubungan seks.

Seksyen tersebut menyatakan: Mana-mana lelaki sepanjang perkahwinan yang sah didapati mendatangkan kecederaan atau ketakutan mati atau cedera kepada isterinya atau orang lain dalam usaha mendapatkan hubungan seks dengan isterinya boleh dihukum penjara untuk tempoh sehingga lima tahun.

Pengamal undang-undang Ariff Azami Hussein melihat penambahan dalam definisi dan hukuman rogol di bawah Kanun Keseksaan sebagai suatu langkah yang positif.

Menurut peguam itu, hukuman yang diperuntukkan di bawah kesalahan ini terutama yang melibatkan elemen keganasan, tidak cukup untuk membendung jenayah ini.

Secara peribadi, ujar Ariff, beliau berpendapat pengenalan seksyen tersebut bukanlah menjadikan marital rape (rogol dalam perkahwinan) sebagai satu kesalahan. Sebaliknya ia memperuntukkan kesalahan bagi seorang suami yang menggunakan unsur keganasan untuk mendapatkan hubungan seks.

揚ada pendapat saya, ia seolah-olah satu kategori baru bagi kesalahan mendatangkan cedera dan bukannya kategori baru bagi kesalahan rogol,拻 kata Ariff yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara.

Ariff berpendapat, niat penggubal undang-undang adalah jelas iaitu biarpun hubungan seks suami isteri suatu yang halal di sisi agama, namun jika melibatkan unsur keganasan ia tetap menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang dan agama.

Dalam lain perkataan, hubungan seks suami isteri tidak salah tetapi perbuatan atau cara dalam usaha mendapatkannya itu yang menjadi satu kesalahan.

Aplikasi Seksyen 375A Kanun Keseksaan itu, menurut Ariff, seharusnya tidak mewujudkan kekeliruan kepada orang ramai.

Ia sebenarnya diwujudkan untuk menghalang suami daripada menggunakan keganasan bagi mendapatkan hubungan seks terhadap isteri sendiri ataupun mengasari isteri dalam usaha mendorong 憁angsa
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 06:53 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

janggut je lebih.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 01:59 PM | Show all posts
peh ganaz tul mamat ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2009 09:41 AM | Show all posts

Reply #5 eastrun's post

itu janggut carik makan tu east....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 01:33 AM | Show all posts
muke nampak baik....:@ :@ :@ tapi bodo melantun-lantun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2009 09:40 AM | Show all posts
Guna terung lepas geram
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]


KUALA LUMPUR: Seorang suami yang lemah tenaga batin didakwa menggunakan terung dan timun ketika melakukan hubungan seks dengan isterinya.

Akibat tidak tahan dengan perbuatan suaminya, wanita terbabit yang berusia 30-an membuat laporan polis Jumaat lalu sebelum menuntut fasakh di mahkamah syariah kerana tidak tahan dengan penderitaan dialaminya.

Difahamkan, suami mangsa terbabit dalam kemalangan menyebabkan dia hilang upaya untuk melakukan hubungan seks seperti lelaki normal.

Sumber polis berkata, mangsa yang tinggal di Jalan Cheras, Kajang, mendakwa suaminya yang berusia 40-an memasukkan timun dan terung secara paksa lebih daripada tujuh kali sejak enam tahun lalu.

揗angsa yang mengalami penderaan fizikal dan mental akibat perbuatan terbabit pernah merayu kepada suaminya supaya berhenti melakukan perbuatan tidak senonoh itu.

揇ia mendakwa bimbang terhadap kesihatannya selain sering terasa sakit dan tidak selesa kesan daripada hubungan seks menggunakan timun dan terung,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2009 10:04 AM | Show all posts

Reply #9 Syd's post

paper hari ni ckp
polis syak sang bini buat citer auta sbb nak cerai;

[quote]Wanita dakwa didera suami jerat diri sendiri

KAJANG: Tindakan seorang wanita cuba memerangkap dan 憁enghumban
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2009 09:46 AM | Show all posts
1# Syd

Suami kuat nafsu dijel 10 tahun  Oleh Zaitie Satibi
  [email protected]


KUANTAN: “Apa salah seorang isteri dalam kehidupan suaminya apabiladia diheret, ditampar dan dicekik ketika melakukan persetubuhan hanyauntuk melayan nafsu beberapa minit.

“Bukankah perhubungan itusepatutnya dilayari dengan baik dan mendatangkan kepuasan kepada suamiisteri,” kata Hakim Hassan Abdul Ghani di Mahkamah Sesyen di sini,semalam.

Hassan berkata demikian ketika menjatuhkan hukumanpenjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadap seorang mekanik,Khairulhisam Abdul Khalid, 34, yang didapati bersalah terhadap tuduhanmerogol dan meliwat isterinya yang berusia 32 tahun pada 19 April lalu.

Hakim juga berkata, isteri wajar dibelai dengan kasih sayang, bukanuntuk dicederakan, justeru pasangan hidup lelaki itu berhak dilindungidaripada kekerasan suaminya.


“Keadaan saksi (mangsa) yang sebak ketika memberi keterangan dalamperbicaraan sudah cukup menggambarkan keperitan hidup dilaluinyabertahun-tahun sejak bersuamikan tertuduh.


“Namun, saksi terpaksa mendiamkan diri untuk mempertahankan rumahtangga dibina serta zuriat perempuan yang kini berusia lapan tahun,”katanya.

Hassan berkata, mahkamah memuji sikap isteri tertuduhyang sanggup mendedahkan keaibannya selepas tidak lagi mampu bertahandengan perlakuan ganas suami sendiri.

“Walaupun pendedahansaksi ibarat membuka pekung di dada, perbuatannya akan jadi sumberinspirasi kepada wanita lain yang menghadapi masalah sama.

“Mahkamah tidak nampak mengapa tertuduh sewenang-wenangnya berbuatbegitu terhadap isteri sendiri dan mengapa dia mengulangi perbuatannyawalaupun sudah berjanji tidak berbuat demikian.

“Jika tertuduhberani melakukan perbuatan itu berulang-ulang, maka dia juga mestiberani menerima hukuman dikenakan,” tegasnya.

Khairulhisammenghadapi dua pertuduhan iaitu melakukan serangan seksual terhadapisterinya yang bekerja sebagai setiausaha sehingga menyebabkankecederaan pada jam 3.15 petang, 19 April lalu.

Tertuduh jugadidakwa dengan sengaja melakukan hubungan seks dan aktiviti seksualtidak diingini pasangannya apabila meliwat isteri lima minit selepas melakukan kesalahan pertama.

Bagi pertuduhan pertama, Khairulhisam dihukum penjara maksimum limatahun mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan, manakala bagi pertuduhankedua, dia dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan mengikut Seksyen377C kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahundan sebatan.

Hassan menetapkan hukuman bagi setiap pertuduhankes itu yang pertama dibicarakan di negara ini membabitkan seksyenberkenaan sejak Kanun Keseksaan dipinda dua tahun lalu, berjalanserentak mulai semalam.

Pendakwaan kes itu dilakukan TimbalanPendakwa Raya, Law Chin How, manakala tertuduh diwakili peguam SyedAzimal Syed Abu Bakar.

Mengikut fakta kes, kejadian berlakuketika mangsa mengeluarkan baju dari mesin basuh di rumah merekaapabila tiba-tiba ditarik keluar suaminya yang kemudian mengheretnya kebilik tidur untuk melakukan hubungan seks.

Mangsa engganmelakukan persetubuhan dan meminta suami melepaskannya tetapipermintaan itu tidak diendahkan, sebaliknya dia dicekik dan ditamparserta diugut supaya menurut perintah.

   Tertuduh kemudian menyetubuhi isterinya secara paksa walaupun mangsa merayu supaya dilepaskan.

Sambil tangan kirinya mencekik leher mangsa, tertuduh kemudian secarapaksa melakukan seks luar tabiie terhadap isterinya tanpa mempedulikanjeritan dan tangisan wanita itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.082247 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list