CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5444|Reply: 5

senaman kebayarobik

[Copy link]
Post time 24-4-2009 02:30 AM | Show all posts |Read mode
Baju kebaya identiti senaman


Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM

Baju kebaya yang dipakai oleh kami agak longgar dan dibuat daripada kain kapas untuk menyenangkan pergerakan ketika melakukan senaman. Kami juga tidak memakai kain ketat, sebaliknya mengenakan seluar serta kasut sukan.







SEBUT pasal bersenam, pasti ramai yang akan mengeluh khususnya golongan wanita yang malas melakukannya walaupun menyedari ia baik untuk kesihatan. Justeru, pelbagai alasan diberikan semata-mata untuk mengelak daripada melakukan aktiviti tersebut.

Antara alasan yang sering terkeluar dari bibir mereka adalah tiada masa, sangat memenatkan, tiada rakan bersenam, pakaian tidak sesuai, malu dan bermacam-macam lagi walaupun hati mereka meronta-ronta mengidamkan potongan badan ala-ala model seperti dalam majalah fesyen.

Bagaimanapun, keunikan yang ditonjolkan oleh satu kumpulan dari Singapura, Kelab Jalan Pantas Wanita Simei (Simei Briskwalking Club), membuktikan senaman boleh dilakukan dengan pelbagai cara yang mampu menarik golongan wanita untuk mengamalkannya.

Gaya bersenam yang ditonjolkan oleh kumpulan ini begitu unik dan dipercayai tidak pernah dilakukan oleh mana-mana individu atau kelab di negara ini. Dengan mengenakan pakaian kebaya, sekumpulan wanita cergas melakukan senaman yang dinamakan Kebayarobik.



KEBAYAROBIK mengetengahkan pergerakan aerobik
biasa dengan gabungan tarian Jaipong dari Indonesia.



Sukar mempercayai bahawa sembilan wanita berusia dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun yang mengenakan baju kebaya ini bagaikan gadis remaja yang lincah menari di pentas. Namun, mereka bukanlah menari, sebaliknya melakukan senaman Kebayarobik dengan lenggok tubuh bersahaja serta pergerakan yang penuh bertenaga.

Pelopor senaman Kebayarobik, Kartini Abdul Rahman, 50, berkata, idea memperkenalkan Kebayarobik tercetus empat tahun lalu apabila beliau dan ahli Kelab Jalan Pantas Wanita Simei merasakan ia sesuatu yang perlu dilakukan untuk mengubah aktiviti senaman yang biasa diamalkan mereka sebelum ini termasuk berjalan pantas.

"Kelab Jalan Pantas Wanita Simei wujud sejak 17 tahun lalu dan kami sering melakukan senaman dengan cara berjalan pantas terutama pada waktu pagi dan semasa hendak pergi ke pasar agar kesihatan badan sentiasa terjaga.

"Walaupun aktiviti berjalan pantas sudah lama dipraktikkan tetapi kami merasakan kumpulan ini perlu mengembangkan lagi aktiviti kesihatan untuk menarik minat orang ramai khususnya wanita Melayu yang agak malas melibatkan diri dalam senaman," katanya.

Beliau ditemui wartawan Kosmo! selepas mengadakan persembahan senaman Kebayarobik sempena ulang tahun Institut Kanser Nilai yang ke-10 di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.



SEMBILAN ahli Kelab Jalan Pantas Wanita Simei yang
menjayakan program senaman Kebayarobik di Nilai,
Negeri Sembilan baru-baru ini.



Kartini menambah, rakan-rakannya yang sentiasa merungut tidak selesa berpakaian sukan ketika bersenam turut menjadi antara sebab utama Kebayarobik diperkenalkan kepada umum.

Katanya, beliau ingin melihat lebih banyak individu melakukan senaman khususnya wanita Melayu, tidak kira sama ada mereka mengenakan pakaian sukan atau apa sahaja, asalkan mereka dapat bersenam dengan selesa.

" Pada mulanya, tidak ramai ingin mengikuti Kebayarobik ini. Malah ada yang memandang sinis keupayaan kumpulan kami. Tetapi lama-kelamaan, ia semakin diminati kerana ia bagus untuk pengaliran darah serta mampu menambah stamina.

"Malah, ia kini menjadi alternatif terbaru khususnya golongan wanita Melayu untuk mencuba sesuatu yang baru dalam aktiviti senaman," katanya.

Mengulas mengenai kelainan Kebayarobik dengan aerobik yang terdapat pada masa kini, Kartini memberitahu, Kebayarobik mengetengahkan pergerakan aerobik biasa dengan gabungan tarian Jaipong dari Indonesia.

"Muzik juga memainkan peranan penting kerana kami mengetengahkan irama tarian Jaipong dengan kombinasi gubahan muzik moden untuk melancarkan lagi pergerakan apabila melakukan senaman ini," ujarnya.

Menurutnya, mereka yang baru menyertai Kebayarobik perlu mengikuti beberapa langkah terlebih dahulu tetapi jangan khuatir kerana ramai yang berjaya selepas mengikuti beberapa kelas sahaja," katanya sambil memberitahu Kebayarobik tidak sesuai untuk mereka yang ada masalah jantung.



INDIVIDU boleh mengenakan pakaian sukan jika ia memberi
]keselesaan kepada mereka untuk bersenam Kebayarobik.



Kata beliau lagi, Kebayarobik tidak hanya terbatas kepada golongan wanita sahaja. Ini kerana lelaki, remaja dan juga kanak-kanak juga boleh mengikuti senaman itu.

"Ramai juga yang bertanya adakah perlu memakai kebaya untuk melakukan senaman Kebayarobik. Tentu sekali tidak. Mereka boleh mengenakan pakaian sukan jika ia memberi keselesaan kepada mereka," katanya.

Beliau berkata, baju kebaya yang dipakai oleh mereka agak longgar dan dibuat daripada kain kapas untuk menyenangkan pergerakan ketika melakukan senaman.

"Kami tidak memakai kain ketat, sebaliknya mengenakan seluar serta kasut sukan," katanya sambil tersenyum.

Kartini turut menyuarakan rancangan masa depannya untuk mengembangkan Kebayarobik di negara ini.

"Saya mahu memastikan impian melihat lebih ramai wanita Melayu terlibat dalam Kebayarobik tercapai," katanya.

Selain itu, beliau juga berharap ada pihak yang sudi bekerjasama dengannya dalam membuat francais Kebayarobik di negara ini agar senaman itu menjadi salah satu aktiviti harian dalam menjalani kehidupan yang sihat.

Dalam pada itu, Siti Raziah S. Ahmad, 37, berkata, beliau melakukan Kebayarobik sebanyak tiga kali dalam seminggu sejak empat tahun lalu.

"Saya dapat merasakan perubahan pada diri saya apabila mengikuti senaman Kebayarobik termasuk susut berat badan dan stamina semakin meningkat pada setiap hari.

"Jadi, saya mengesyorkan orang ramai agar mencubanya terlebih dahulu kerana ia tidak sukar dan mampu membuat diri berasa sihat," katanya.





Sementara itu, Halizah Harun, 48, berkata, senaman Kebayarobik tidak mengambil masa yang lama untuk dilakukan iaitu hanya 10 hingga 20 minit sahaja bagi satu sesi.

"Ia bagus kerana melibatkan pergerakan seluruh anggota badan. Ini bermakna pengaliran darah bertambah lancar ketika melakukannya sekali gus menolong menyihatkan jantung," katanya.

Katanya, beliau turut membuka kelas Kebayarobik di balai raya, surau dan taman-taman perumahan.

Beliau berharap, Kebayarobik mampu menjadi aktiviti senaman pilihan wanita Melayu yang bertudung dan malu berpakaian sukan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kebayarobik, layari laman web http://www.thekebayarobics.com.






nampaknyer aku tak leh ler nak senam kebayarobik nih....... karam??? ko camner... ada join dak??     pe kater kita gi skodeng  depa pi buat senaman kebayarobik nih.... wokeyyyyy dak, karam..      jadikkk!!  :victory:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2009 07:59 AM | Show all posts
apa jenis kebodohan nih???

apa jadah duk pakai baju kebaya pas tu pakai suar.... tetiba jadik kebayarobik... kebayarobek buleh laaa...

nanti wat kurungpesakrobik, kurungkedahrobik, cekakmusangrobik, telukbelangarobik la pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 08:23 AM | Show all posts
Originally posted by pengimbas at 24-4-2009 07:59 AM
apa jenis kebodohan nih???

apa jadah duk pakai baju kebaya pas tu pakai suar.... tetiba jadik kebayarobik... kebayarobek buleh laaa...

nanti wat kurungpesakrobik, kurungkedahrobik, cekakmu ...




xperlu nak mengatakan benda macam ni satu jenis kebodohan.. apa pun jenis panggilan or sukan yang ketengahan xsemestinya bodoh...  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 08:24 AM | Show all posts

Balas #1 amazed\ catat

wah nak ajak aku g skodeng ker...     malu la aku...  kalau ko ada skali ok jer...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 06:55 PM | Show all posts

Reply #4 karambunai's post

oooOOOoooo ini kerja korang berdua ye...
skodeng pompuan buat kebayarobik!! --

ha!! -- nanti la... jaga dia --
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 10:31 AM | Show all posts
senaman apakahhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.658407 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list