CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hambaAllah

1st nite

[Copy link]
Post time 2-4-2009 02:26 PM | Show all posts
Mencari G-Spot

Bagaimanakah caranya mencari G-Spot? Inginkan panduan?

Mengenali titik keghairahan G-Spot

Kesukaran mengetahui kawasan titik keghairahan dan berasa sakit sewaktu pasangan menyentuh vagina adalah masalah yang kerap dihadapi wanita.

Ramai wanita memberi pendapat berbeza mengenai kemuncak kenikmatan seksual yang dirasai mereka ketika melakukan hubungan seks dengan pasangan.

Majoriti wanita melaporkan bahawa kehangatan seksual bermula daripada kawasan vagina, iaitu bahagian bawah trek pembiakan perempuan. Malah ada juga memberitahu, proses tersebut melibatkan pembuangan cecair daripada tiub uretra, yang berfungsi sebagai duktus ejakulasi. Cecair itu kelihatan seperti susu cair.

Menurut kajian yang dilakukan Ketua Setiausaha, Persatuan Kesihatan Seksual Sedunia, Dr. Beverly Whipple, titik Grafenberg atau lebih dikenali sebagai G-spot (titik keghairahan), adalah kawasan kemuncak kenikmatan seksual dan merupakan kawasan paling sensitif di dinding vagina.

Kajian seksual yang dilakukan bersama Pakar Seksualiti, Dr. John Perry itu telah menamakan titik Grafenberg selepas Dr. Ernst Grafenber menulis artikel berkaitan seksual pada tahun 1950.

Katanya, G spot tidak terletak pada dinding vagina, tetapi ia boleh dirasai di seluruh kawasan tersebut. Selalunya, keghairahan itu boleh dirasai di antara bahagian bawah tulang pubik dan serviks. Rasanya juga seperti ketulan kecil yang membonjol atau berlegar di kawasan rangsangan.

"Apabila kali pertama pasangan menyentuh kawasan tersebut, ramai wanita memberi maklum balas bahawa apabila mereka sedang dirangsang, mereka merasakan seakan-akan seperti hendak membuang air kecil, walaupun ketika itu pundi kencing tidak mengumpul air kencing.

"Bagaimanapun, anda seharusnya memberikan masa dua hingga 10 minit untuk mengurut atau bermain di kawasan tersebut, agar dapat menguatkan lagi tahap kepuasan seksual.

"Perkara yang menimbulkan masalah bagi wanita itu sendiri ialah mereka sukar mengetahui kawasan rangsangan titik keghairahan dan berasa sakit sewaktu pasangan menyentuh di kawasan vagina, kecuali menggunakan alat perangsang seks seperti dildo atau vibrator," katanya pada pembentangan kajian yang dijalankan pada tahun 2008, bertajuk Kerunsingan Wanita Terhadap Hubungan Seksual, bertempat di Tenji Japanese Restaurant, Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lebih menyukarkan wanita, jelasnya lagi ialah untuk merasai titik G spot dengan sendirinya, di mana anda memerlukan saiz jari yang panjang atau vagina yang pendek untuk mencapai kawasan tersebut ketika anda berbaring di atas katil.

Sementara itu, Whipple berkata, lebih ramai wanita melaporkan bahawa mereka lebih senang merasai puncak keghairahan G spot dengan sendirinya sewaktu berada di dalam tandas.

"Selepas membuang air kecil, mereka akan meneroka seluruh kawasan hadapan (atas dan bawah), dinding vagina sehingga ke kawasan bawah pusat," tambahnya.

Malah, katanya, ada dalam kalangan mereka juga berkata, mereka lebih selesa dengan cara meneroka kawasan bawah perut, dekat organ seks dengan tangan, sehingga di kawasan bawah tulang pubik atau di bahagian atas garisan bulu pubik.

"Anda memerlukan tekanan yang kuat apabila pasangan menyentuh klitoris dan anda juga akan merasai nikmat kepuasan apabila pasangan melakukan rangsangan terhadap klitoris," beritahu Whipple.

Selepas meneroka titik G spot itu, anda sudah pastinya mahu berkongsi pengalaman itu bersama pasangan. Titik keghairahan akan lebih terangsang sekiranya pasangan menggunakan jari atau kemaluannya.

Manakala posisi paling mudah untuk merasai kenikmatan bersama ialah apabila wanita berada di atas pasangannya.

"Mereka secara automatik akan merasai kehangatannya dan menjadi lebih selesa dan gembira setelah sama-sama mencapai puncak kenikmatan seks.

"Namun, paling penting anda seharusnya menjelaskan ketidakselesaan yang dirasai sewaktu pasangan sedang meneroka titik keghairahan anda," tambahnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2009 02:33 PM | Show all posts
Klitoris

Klitoris  ialah organ seks betina. Untuk manusia, bahagian bonjolan yang boleh dilihat yang terletak berhampiran dengan temuan anterior labia minora di atas lubang faraj. Berbeza dengan organ seks lelaki iaitu zakar yang berhomolog, Klitoris tidak mengandungi sebarang bahagian uretra dan berfungsi semata-mata untuk mencetuskan keseronokan seks. Kecualian tunggal yang diketahui tentang ini ialah Hiena Bintik (Crocuta crocuta) yang sistem urogenitalnya diubah suai supaya hiena betina tersebut dapat membuang air kecil, mengawan, dan melahirkan anak melalui klitoris  eretil yang dibesarkan. Klitoris  ini dikenali sebagai zakar pseudo.

Perkembangan dan pembentukan Klitoris

Klitoris  adalah sama dengan bahagian berhomolog zakar, iaitu secara embriologi, organ ini berasal daripada tisu yang sama dengan zakar. Pencetus untuk membentuk zakar dan bukannya Klitoris  ialah tindakan hormon testosteron in utero. Organ ini terbentuk daripada korpus kavernosum, sekumpulan tisu kapilari yang mengandungi banyak tisu saraf. Klitoris  mengandungi dua kali lebih banyak penghujung saraf, berbanding dengan zakar, dan adalah amat sesuai untuk perangsangan seks.

Bahagian-bahagian klitoris yang boleh dilihat terbentang dari komisur anterior
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 02:37 PM | Show all posts
Alkisah, tamatlah sudah akan koleksi Kitabul Jimak drp himpunan peribadi yg sy ada, drp pelbagai sumber ... insya Allah, sy akan membuat tambahan drp masa ke semasa.

Wassalam ....
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 03:05 PM | Show all posts
wah wah wah..hhwhwh
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 03:13 PM | Show all posts
ilmu yg perlu dikongsi bersama.... pernah membaca tapi xlah khatam...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 04:20 PM | Show all posts
ilmu yg bagus....
sebagai persediaan utk sebuah perkahwinan yg indah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2009 05:00 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 2-4-2009 15:05
wah wah wah..hhwhwh
h=

Amboi2, sukenye dier ... east, hang dh nikah ka, dah gatai nk menikah?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 05:01 PM | Show all posts
Originally posted by fatehana at 2-4-2009 15:13
ilmu yg perlu dikongsi bersama.... pernah membaca tapi xlah khatam...


Khatam2kan lah ...

Nanti lepas akad nikah, dh kena buat latihan amali ..... ngan hubby ... lulus ke tak?

[ Last edited by  robotech at 2-4-2009 17:02 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2009 02:14 PM | Show all posts
macam kat buku memasuki gerbang perkahwinan jer... baru abis kursus ker??
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 03:24 PM | Show all posts

Reply #76 breakout's post

Kursus? Sekadar pelengkap syarat jer ... nikah, kenduri, masuk bilik, baca doa, terkam!

Ooooppps, kena ulang balik bacaan 'ilmiah' ku inilah pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 04:04 PM | Show all posts
apa nih.. takde apa2 infos pon.. asyik 'edit' jer...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 04:17 PM | Show all posts

Reply #78 girly..'s post

Cik adik oiiii, sila rujuk post #1 saya, mmg ada buat editing kat halaman 1. Sila refer pd halaman 2 & 3 thread nih. Berjela petua2 jimak kat sana, macam2 ada!

Belum kawin dah jadi pemalas, aiiii, susah la kalau dah kawin kang!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 03:08 PM | Show all posts
Originally posted by robotech at 2-4-2009 13:27
PETUA-PETUA KAHWIN (Part 2)

* Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
* Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
* Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
* Sentiasa l ...

Alhamdulillah suami aku slalu wat benda2 nih...
aku bersyukur dapat suami yang sgt memahami dan sayang aku sgt2....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 01:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 04:25 PM | Show all posts
wah, nk kawen r cmnie
hehe, bru leh amali pe dlm nie...
leh r xplore kn
ni bru namenye smgt inkuiri tinggi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2009 10:27 PM | Show all posts

nmpk sgt yg jwab mcm xtau pe2....

sori guyssss.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2009 11:15 PM | Show all posts

Reply #10 voizze's post

betol kate ko...buat nak terkam terus...
mesti penat kan lepas abis kenduri segala....
tak semstinye malam pertama tuh ialah malam hari awak kahwin...
kalau tak penah buat esok pon leh jd malam pertama...
yg penting biar diri kedua2 pasangan tak penat...
so leh buat rileks2 kan...
anggap jer setiap malam tuh adelah malam pertama...
mesti hawt nyer lah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2009 11:16 PM | Show all posts

Reply #34 hambaAllah's post

maybe tak yah tanye kot...
dorang pon segan nak cerita kot...
insyaAllah malam tuh mudah jer ko handle...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 09:54 AM | Show all posts
Originally posted by robotech at 20-4-2009 15:17
Cik adik oiiii, sila rujuk post #1 saya, mmg ada buat editing kat halaman 1...


kenapa ko tak delete jer trus post tu?..... kata edit tapi empty post...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.065615 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list