|
PANDANGAN ISLAM MENGENAI GAY/LESBIAN/PENGKID
[Copy link]
|
|
Edited by Ipo at 1-8-2015 05:43 PM
Apa yang saya tahu golongan lgbt ni ada dua
1. Yang sejak lahir mempunyai dua jantina, juga dikenali sebagai khunsa
2. memang dilahirkan lelaki sejati dan perempuan sejati tetapi naluri ke arah berlainan jantina
ok,
untuk golongan 1 tu, dalam Islam sudah membenarkan golongan ni memilih untuk hidup sebagai lelaki atau perempuan berdasarkan naluri mana yang dia terlebih. Kalau lebih kepada naluri perempuan, maka dia kena ikut cara perempuan. Kalau lebih kepada naluri lelaki, maka dia perlu ubah penampilan jadi lelaki. Dari segi amal ibadat, seiring dengan nalurinya. Kalau perempuan, ikut peraturan untuk seorang perempuan dalam beribadat begitulah juga untuk lelaki. jadi di sini tiada masalah untuk golongan ini.
Golongan kedua.
Puak ni lebih mengikut naluri sebenarnya dari kejadian alami yang dikurniakan oleh Allah swt. Semua ni ada faktornya. Keluarga, kawan dan persekitaran.
Kalau keluarga, banyak kita lihat terikut2 cara adik beradik. Contoh,dia seorang perempuan dan adik beradik lain lelaki, maka ada pengaruh dari segala segi, pakaian, pergaulan, percakapan dan tingkahlaku. Menjadi kasar dan tomboi. Akhirnya kalau tak dibendung, jadi boleh jadi pengkid.
Begitulah juga dengan lelaki tunggal dikelilingi oleh adik beradik perempuan. Akan ada pengaruh ke arah keperempuanan seperti yang berlaku pada Nur Sajat tu. Kat kampung saya pun ada macam ni, Nama Ismail dah jadi Suzy. Suntik hormon payudara. Kalau yang lebih berani, tukar jantina terus. Kisah Anu dalam botol tu adalah kisah benar..lelaki buang alat sulitnya semata-mata nak jadi lelaki.
Jadi, golongan seperti inilah dilaknat oleh Allah dan dalam Islam, tidak menerima mereka selagi mereka tidak bertaubat dan kembali ke jalan benar. Kenapa?
1.Kerana telah mengubah ciptaan Allah sedangkan wanita pun dilarang mencukur bulu kening dan buat pembedahan plastik semata-mata nak cantik.
2. Dari segi ibadat, macam mana? Sudah tentu golongan ini tidak buat ibadat kerana sudah bertukar jantina. Melanggar fitrah.
3. Bila berlaku kematian, cara untuk mandi dan kapan, solat jenazah. Semua itu akan terkesan. Tidak boleh dibuat main-main.
Sekian..pandangan saya yang tak seberapa ini
maaf..tak ada dalil apa2 nak tepek..hadis atau al quran...nanti saya cari..saya buka setazah. Apa yang saya tahu, Kaum Nabi Lut sudah pun dihukum oleh Allah. Jadi..ambillah pengajaran dari cerita itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
nafsu, iman, agama, lampaui batas... |
|
|
|
|
|
|
| |
|